JATUH BANGUN BISNES
Bisnes Training Saya Jatuh Teruk: Bagaimana Saya Mula Semula
Bisnes training yang saya bina berbelas tahun tiba-tiba drop sangat teruk. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang ada, saya mula bina satu bisnes baharu dari zero.

Saya sendiri melaluinya
Hari ini, bisnes memang susah nak dijangka. Saya sendiri melaluinya. Selepas berbelas tahun membina bisnes training, saya berdepan dengan kemerosotan yang sangat teruk.
Saya mula semula dengan ilmu dan pengalaman yang ada. Pada 2025, lahirlah IYZIQ. Hari ini, saya fokus membina bisnes ini sebagai Pengasas dan CEO.
Cerita penuh dalam podcast
Dalam episod 19 Ar Rasyidin Academy, saya berkongsi tentang bisnes training dan pengalaman jatuh bangun dalam dunia bisnes.
Kalau nak dengar saya ceritakan sendiri, boleh tonton perbualan penuh di YouTube.
Tonton cerita jatuh bangun saya (buka tab baharu)Mengakui kesilapan dan melihat semula nombor
Dalam perkongsian saya pada 28 Julai 2025, saya bercerita tentang keputusan yang perlu saya hadap untuk mula semula. Permintaan sudah menurun, tetapi saya masih berharap keadaan akan kembali seperti dulu. Aliran tunai tidak saya jaga dengan baik, sedangkan komitmen bisnes terus berjalan.
Saya mula dengan melihat semula semua nombor. Saya potong gaji sendiri, jual kereta yang tidak diperlukan, hentikan komisyen yang melampau dan tutup projek yang tidak membawa untung. Saya perlu bertanggungjawab atas keputusan saya sebagai pemimpin.
Bermula semula bersama pasukan kecil
Selepas itu, saya mula dengan pasukan kecil dan mengajar mereka dari kosong. Saya sendiri menjadi hos live, menghasilkan kandungan, menyunting video, mereka gambar serta menyediakan kapsyen dan skrip.
Saya memilih TikTok walaupun ketika itu saya sendiri masih zero. Dengan bantuan sahabat, saya belajar satu demi satu. Pengalaman lama tetap ada, tetapi saya perlu menerima bahawa masih banyak perkara baharu yang perlu dipelajari.
Saya ceritakan langkah-langkah ini dengan lebih lanjut dalam Mengakui Kelemahan, Langkah Pertama untuk Bangkit, berdasarkan tulisan asal saya pada 28 Julai 2025.
Dari mula semula kepada IYZIQ
Pada 2025, lahirlah IYZIQ. Hari ini, saya fokus membinanya sebagai Pengasas dan CEO. Anda boleh sambung membaca cerita bagaimana IYZIQ bermula untuk mengenali bisnes yang saya usahakan sekarang.