MOTIVASI PAGI · CATATAN PERIBADI
Cara Mulakan Hari Dengan Baik: Jangan Biarkan Dunia Menentukan Hari Kita

Pernah tak kita baru sahaja bangun tidur, belum sempat kaki betul-betul turun dari katil, tangan dah mula cari telefon? Buka WhatsApp, tengok notification, check email, scroll TikTok atau Facebook. Kemudian tiba-tiba teringat kerja yang belum siap, target yang belum capai, masalah semalam dan macam-macam benda lain. Belum pun pukul 8 pagi, kepala dah mula penat.
Saya rasa ramai antara kita pernah melalui keadaan macam ni. Kadang-kadang bukan kerana hari kita terlalu teruk, tetapi kita membenarkan dunia masuk ke dalam kepala kita terlalu awal. Saya baru-baru ini menonton satu video ringkas tentang motivasi pagi. Videonya tak panjang pun, tetapi ada satu mesej yang buat saya berfikir lama.
Cara kita memulakan hari boleh mempengaruhi bagaimana kita menjalani hari tersebut.
Bukan bermaksud kalau pagi kita positif, sepanjang hari nanti tak akan ada masalah. Masalah tetap akan datang. Customer tetap boleh complain, staff tetap boleh buat silap, sales boleh turun, plan boleh berubah dan traffic boleh jam. Ada hari yang memang tak menjadi seperti yang kita rancangkan.
Tetapi bezanya ialah keadaan minda kita ketika menghadapi semua itu. Sebab itu bagi saya, belajar cara mulakan hari dengan baik bukan sekadar soal bangun awal. Ia lebih kepada bagaimana kita mahu menetapkan minda sebelum dunia mula menarik perhatian kita ke sana sini.
Jangan Bagi Dunia Menentukan Mood Kita Terlalu Awal
Salah satu perkara pertama yang ramai orang buat selepas bangun tidur ialah tengok telefon. Nampak macam perkara biasa, tetapi tanpa sedar kita sebenarnya sedang menyerahkan keadaan emosi kita kepada perkara di luar kawalan kita.
Satu WhatsApp boleh buat kita marah. Satu email boleh buat kita risau. Satu posting media sosial boleh buat kita rasa tertinggal. Satu berita negatif pula boleh terus mengubah mood pagi kita, sedangkan hari kita baru sahaja bermula.
Jadi sebelum kita fikir tentang apa yang dunia mahu daripada kita, mungkin lebih baik kita ambil sedikit masa untuk tanya diri sendiri, “Apa yang saya mahu daripada hari ini?” Soalan itu nampak simple, tetapi bezanya besar.
Kalau setiap pagi kita hanya react kepada notification, masalah, permintaan orang dan perkara urgent, akhirnya sepanjang hari kita cuma sibuk memadam api. Tetapi kalau kita mulakan hari dengan sedikit intention, sekurang-kurangnya kita ada direction.
Reset Dulu Apa Yang Berlaku Semalam
Saya suka satu perkataan ni, iaitu reset. Kadang-kadang kita bangun pagi tetapi emosi semalam masih ikut sekali. Semalam mungkin sales tak menjadi, mungkin ada orang buat kita kecewa, mungkin kita buat keputusan yang salah atau mungkin ada benda yang kita rasa menyesal.
Tetapi pagi yang baru sepatutnya memberi kita peluang untuk mula semula. Kita tak boleh ubah apa yang dah berlaku semalam, tetapi kita masih boleh tentukan apa yang kita mahu buat hari ini.
Bagi saya, reset tak perlu terlalu complicated. Kadang-kadang cukup dengan duduk sekejap, tarik nafas, solat, berdoa, minum air, diam beberapa minit dan fikir balik apa yang betul-betul penting. Kemudian baru kita mulakan hari.
Simple. Tetapi kadang-kadang benda simple macam ni yang paling kita perlukan.

Mindset Positif Bermula Dengan Niat, Bukan Sekadar To-Do List
Kebanyakan orang ada senarai kerja. Hari ni kena buat A, lepas tu B, kemudian C. Tetapi saya rasa kita juga perlu ada intention.
To-do list menjawab soalan, “Apa yang aku kena buat hari ini?” Intention pula menjawab, “Macam mana aku mahu jadi hari ini?”
Contohnya, hari ini saya nak lebih sabar. Hari ini saya nak lebih fokus. Hari ini saya nak betul-betul dengar bila orang bercakap. Hari ini saya nak selesaikan satu benda penting yang saya dah lama tangguhkan.
Kalau kita seorang leader, mungkin intention kita ialah untuk masuk pejabat dengan energy yang baik. Bukan jadi orang pertama yang rosakkan mood satu team. Benda macam ni nampak kecil, tetapi apabila cabaran datang, kita lebih sedar tentang bagaimana kita mahu respond.
Bagi saya, inilah mindset positif yang lebih praktikal. Bukan sekadar cakap perkara positif, tetapi kita tentukan terlebih dahulu bagaimana kita mahu bertindak.
Mulakan Dengan Syukur, Bukan Dengan Rasa Tak Cukup
Kita manusia memang mudah nampak apa yang kita belum ada. Belum cukup duit, belum capai target, belum dapat rumah yang kita nak, belum dapat kereta yang kita impikan atau belum capai tahap orang lain.
Social media pula setiap hari menunjukkan pencapaian orang. Orang travel, orang beli rumah, orang buat sales besar dan orang nampak macam hidup mereka semuanya menjadi. Akhirnya kita lupa satu perkara penting.
Ada banyak benda yang kita ada hari ini, yang suatu masa dahulu kita pernah berdoa untuk memilikinya.
Sebab itu saya rasa gratitude atau rasa syukur sangat penting dalam rutin pagi. Tak perlu complicated. Kadang-kadang cukup kita berhenti sekejap dan fikir, Alhamdulillah masih bangun pagi, masih ada keluarga, masih ada kesihatan, masih ada peluang, masih boleh berusaha dan masih boleh cuba lagi.
Bagi saya, apabila fokus berubah daripada “apa yang aku tak ada” kepada “apa yang aku dah ada”, hati terasa lebih tenang. Dari situ, lebih mudah untuk saya memikirkan langkah seterusnya.
Bina Rutin Pagi Produktif Dengan Menjaga Apa Yang Kita Baca
Kita selalu fikir tentang makanan yang kita makan, tetapi jarang fikir tentang apa yang kita “makan” dengan minda. Bayangkan baru pukul 6.30 pagi, baru buka mata, kita terus scroll media sosial selama 30 atau 45 minit.
Drama orang, gossip, pergaduhan, berita negatif, comparison dan comment negatif. Semua itu masuk ke kepala kita sebelum hari pun betul-betul bermula. Lepas tu kita hairan kenapa susah nak fokus.
Kalau mahu bina rutin pagi produktif, mungkin kita kena lebih selective tentang apa yang kita benarkan masuk ke dalam minda pada awal pagi. Boleh baca buku beberapa muka surat, dengar podcast, review target, menulis atau duduk diam beberapa minit.
Tak perlu buat semua. Cari apa yang sesuai dengan kehidupan kita. Yang penting, jangan biarkan algorithm menentukan apa benda pertama yang masuk ke kepala kita setiap hari.
Tanya Satu Soalan Ini: Apa Yang Paling Penting Hari Ini?
Ini antara soalan yang saya sangat suka: Kalau hari ini saya hanya sempat selesaikan satu perkara, apakah perkara itu?
Sebab masalah kita hari ini bukan tak ada kerja. Masalahnya terlalu banyak kerja. WhatsApp, meeting, email, customer, staff, content, sales, family dan social media. Semuanya nampak penting.
Kalau kita tak tentukan priority, kita boleh nampak sangat sibuk sepanjang hari tetapi sebenarnya tak bergerak jauh. Busy tidak semestinya productive.
Kadang-kadang satu kerja yang siap dalam masa dua jam boleh memberi impak lebih besar daripada 20 kerja kecil yang kita buat sepanjang hari. Untuk salesperson, mungkin perkara paling penting ialah follow-up prospect. Untuk content creator, mungkin satu video yang betul-betul berkualiti.
Untuk business owner, mungkin satu keputusan yang dah lama ditangguhkan. Untuk leader, mungkin menyelesaikan satu bottleneck yang selama ini mengganggu team. Cari satu dan buat dulu yang itu.

Bila Masalah Datang, Tukar Soalan Kita
Apabila sesuatu tak menjadi, kita mudah bertanya, “Kenapa jadi macam ni?”, “Kenapa dia buat macam tu?” atau “Kenapa benda ni selalu jadi dekat aku?”
Saya pun pernah begitu. Tetapi semakin lama, saya sedar ada soalan yang lebih membantu, iaitu “Apa yang aku boleh buat sekarang?” atau “Apa jalan lain?”
Soalan yang berbeza boleh membantu kita melihat keadaan dari sudut yang berbeza. Bagi saya, terlalu lama memikirkan “kenapa jadi begini” kadang-kadang membuatkan saya rasa tersekat. Apabila saya bertanya “apa yang boleh dibuat sekarang”, lebih mudah untuk saya mencari langkah seterusnya.
Dalam bisnes pun sama. Sales turun? Apa boleh improve? Ads mahal? Apa boleh test? Content tak perform? Apa yang boleh kita ubah? Team ada masalah? System mana yang perlu dibaiki?
Kita tak boleh control semua perkara yang berlaku. Tetapi kita masih boleh control bagaimana kita mahu respond.
Jangan Tunggu Semuanya Perfect Baru Nak Bahagia
Kadang-kadang kita letakkan terlalu banyak syarat untuk rasa bahagia. “Nanti bila sales capai angka ni, aku akan tenang.” “Nanti bila hutang habis, aku akan bahagia.” “Nanti bila dapat rumah ni…” “Nanti bila dapat kereta ni…” “Nanti bila bisnes dah besar…”
Masalahnya, selepas satu target dicapai, akan datang target lain pula. Saya bukan kata kita tak perlu ambition. Saya sendiri percaya kita kena ada target, kena ada impian dan kena ada angka yang kita mahu kejar.
Tetapi dalam proses mengejar apa yang kita belum ada, jangan sampai kita tak nampak apa yang kita sedang ada sekarang. Kadang-kadang hidup itu ada pada benda yang nampak kecil.
Sarapan dengan keluarga. Hantar anak ke sekolah. Minum kopi. Berbual dengan team. Duduk seorang diri. Memandu. Berjalan. Semua benda kecil inilah yang akhirnya membentuk sebahagian besar daripada kehidupan kita.

Formula Mudah Untuk Mulakan Hari Dengan Baik
Kalau saya nak ringkaskan semua ini, saya suka satu formula mudah:
RESET → INTENTION → GRATITUDE → FOCUS → ACTION → RESPONSE
Reset apa yang berlaku semalam. Tetapkan intention untuk hari ini. Mulakan dengan gratitude. Tentukan focus kepada perkara yang paling penting. Ambil action. Dan apabila cabaran datang, pilih response kita.
Nampak simple. Memang simple.
Tetapi banyak benda yang mengubah kehidupan sebenarnya bukan perkara luar biasa. Ia perkara kecil yang kita buat berkali-kali.
Rutin Pagi Tak Perlu Nampak Hebat
Kita tak perlu bangun pukul 4 pagi semata-mata sebab orang lain bangun pukul 4 pagi. Kita tak perlu ada morning routine selama dua jam. Kita juga tak perlu tiru rutin orang berjaya bulat-bulat.
Setiap orang mempunyai kehidupan yang berbeza. Ada yang ada anak kecil, ada yang perlu hantar anak sekolah, ada yang bekerja shift, ada yang berniaga dan ada yang menjaga ibu bapa.
Jadi bina rutin yang sesuai dengan hidup kita sendiri. Kadang-kadang 10 atau 15 minit sebelum dunia mula meminta perhatian kita pun dah cukup.
Yang penting bukan berapa panjang rutin pagi kita. Yang penting ialah bagaimana kita menggunakan masa itu.
Esok pagi, sebelum terus buka WhatsApp atau media sosial, cuba berhenti sekejap. Tanya diri sendiri tiga soalan.
Apa yang saya syukuri hari ini?
Apa perkara paling penting yang saya perlu selesaikan hari ini?
Bagaimana saya mahu menjadi manusia yang lebih baik hari ini?
Kemudian mulakan hari. Tak perlu tunggu mood dan tak perlu tunggu semuanya perfect. Start sahaja.
Sebab akhirnya kita memang tak mampu menentukan semua perkara yang akan berlaku hari ini. Tetapi kita masih ada pilihan untuk menentukan bagaimana kita mahu menghadapi hari tersebut.
Dan mungkin itulah sebenarnya salah satu cara paling mudah untuk mulakan hari dengan baik.
Jangan biarkan dunia menentukan hari kita sebelum kita sendiri menentukan bagaimana kita mahu menjalani hari tersebut.
— Najib Asaddok
Semua gambar dalam artikel ini ialah ilustrasi yang dijana dengan AI.