fbpx
WhatsApp Business

 Mungkin ada di antara anda sudah ada WhatsApp Business tapi tak tahu kenapa kena guna WhatsApp Business.

Ada dua faktor untuk perniagaan anda pergi jauh kalau produk yang anda jual dapat selesaikan masalah dan kenal sasaran pelanggan dengan guna aplikasi ni. Jangan risau, jom baca 3 sebab utama Kepentingan WhatsApp Business.

 

1. Kos Marketing yang Rendah

Bayangkan, dengan hanya menggunakan aplikasi percuma ni, anda sudah boleh dapatkan ribuan pelanggan. Tak perlu belanja besar untuk iklan atau kempen marketing yang mahal. Anda boleh guna WhatsApp Business untuk “chat” secara langsung kepada pelanggan yang berminat dengan produk atau servis anda.

Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan kos dan pada masa yang sama, memastikan mesej anda sampai kepada audiens yang tepat.

2. Balas Chat Pelanggan dengan Cepat

Kelajuan membalas chat pelanggan adalah kunci kejayaan dalam bisnes. Pelanggan tak suka menunggu lama untuk dapatkan jawapan.

Seterusnya, anda boleh “setting” chat secara automatik untuk membalas pertanyaan pelanggan dengan segera.

Ini termasuk mesej “welcome”, mesej di luar waktu operasi, dan juga jawapan kepada soalan-soalan lazim. Semua ini dapat bantu anda beri servis yang lebih efisien dan responsif.

3. Katalog Produk

Fungsi katalog produk dalam WhatsApp Business adalah satu lagi ciri hebat yang membezakan aplikasi ini daripada WhatsApp biasa. Dengan katalog, anda boleh tunjukkan produk atau servis anda secara teratur dan menarik.

Setiap produk dalam katalog boleh disertakan dengan gambar, penerangan, harga, dan pautan ke laman web atau media sosial.

 

Ini memudahkan pelanggan untuk melihat dan membeli produk anda terus dari aplikasi WhatsApp tanpa perlu pergi ke laman web lain. Ia bukan sahaja menjimatkan masa pelanggan tetapi juga meningkatkan peluang jualan untuk perniagaan anda.

WhatsApp Business bukan sahaja membantu anda “communicate” lebih efisien dengan pelanggan, tetapi juga memberi peluang untuk naikkan “sales” dengan kos yang rendah. Kena faham juga Cara Professional Bila Layan Pelanggan

Apa cabaran anda bila buat marketing? Dapatkan nasihat dari pakar Digital Marketing bermula di Momentum Digital .

Terima kasih jadikan Blog Najib Asaddok sebagai artikel yang anda pilih untuk baca harini.

Kami nak tahu juga maklum balas yang kami perlu improve. Maklum balas dari anda sangat kami hargai.

Jom, isi detail di bawah ni:

User Feedback Blog

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !