fbpx
kerja tak diganti ai

10 KERJA TAK DIGANTI AI

Ada ke kerja tak diganti AI untuk masa akan datang?

Isu yang hangat diperkatakan pada masa sekarang.

Walaupun kita boleh nampak yang teknologi AI (artificial intelligence) bertambah hebat, ada beberapa pekerjaan yang AI tak boleh diganti tapi hanya bantu memudahkan kerja.

 

Pada kali ini saya nak berkongsi 10 pekerjaan yang AI tidak boleh ganti kerana memerlukan sentuhan manusia, kreativiti, dan emosi yang mendalam.

 

1. Pengasuh Kanak-kanak/ Babysitter

Pengasuh kanak-kanak perlu ada empati dan keupayaan untuk faham emosi dan keperluan kanak-kanak.

Semestinya AI tak boleh bantu tenangkan budak yang tengah menangis dan kasih sayang yang diperlukan.

Faham setakat ini?

2. Bidang Perubatan

Pekerjaan di hospital dan klinik seperti doktor, pembantu perubatan dan jururawat sangat penting untuk “medical service”.

Antaranya, merawat dan menjaga pesakit dengan sentuhan terus, dan beri sokongan emosi yang tidak dapat digantikan oleh AI.

Pernah nampak AI sakit?

3. Cikgu

Cikgu bukan sahaja curahkan ilmu tetapi juga membimbing dan memberi inspirasi kepada pelajar.

Pendekatan yang diambil oleh para cikgu juga perlu lebih jelas dan teliti supaya berkesan kepada pelajar.

Cikgu selalunya bersuara lantang dan ada teknik tersendiri bila mengajar. 

4. Pakar Psikologi

Mereka perlu faham dan urus emosi manusia dengan cara yang mendalam dan peribadi. Ia sesuatu yang tidak boleh di aplikasikan oleh mesin.

 

5. Penulis Kreatif

Ramai yang sedar AI boleh jadi penulis tapi tiada kebolehan seperti novelis dan penulis. Penulisan perlu imaginasi, kreativiti, dan keupayaan untuk tonjolkan perasaan manusia, yang tidak dapat ditiru oleh AI.

6. Pekerja Sanitasi (Sanitation Worker)

Bertanggungjawab mengumpul, mengangkut, dan melupuskan sampah dari rumah ke rumah dan bangunan komersial.

Sudah tentu AI tidak dapat buat kerja ini kerana perlu dilakukan secara teliti dan guna kudrat.

 

7. Operator Pengurusan Sisa (Waste Management Operator)

Mereka urus operasi secara harian di tapak pelupusan atau pusat kitar semula.

8. Artis dan Pereka Seni

Artis dan pereka menghasilkan karya seni yang unik berdasarkan inspirasi dan visi peribadi mereka. AI mungkin boleh membantu, tetapi kreativiti manusia tidak dapat ditiru sepenuhnya.

9. Ahli Sains Penyelidikan

Penyelidikan saintifik dan ujikaji perlu berfikir secara kritikal untuk selesaikan masalah yang kompleks, dan  inovasi baru yang sukar digantikan oleh AI.

10. Peguam

Peguam perlu memahami akta undang-undang, berkomunikasi dengan klien, dan menawarkan nasihat yang beretika. Kemahiran interpersonal ini tidak boleh digantikan oleh AI.

 

Walaupun AI ada banyak potensi untuk ambil alih pelbagai pekerjaan, terdapat bidang yang perlu sentuhan manusia yang unik.

 

Ini dapat menunjukkan bahawa nilai kreativiti, empati, dan interaksi manusia tetap relevan dalam era digital ini.

 

Sekarang makin rancak guna AI untuk mudahkan kerja dan jangan lupa Etika dalam SMM Perlu Diikuti! .

Buat posting di sosial media perlu ada etika.

 

Terima kasih jadikan Blog Najib Asaddok sebagai artikel yang anda pilih untuk baca harini.

Kami nak tahu juga maklum balas yang kami perlu improve. Maklum balas dari anda sangat kami hargai.

Jom, isi detail di bawah ni:

User Feedback Blog

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !