fbpx
blog najib asaddok

tentang-najib-asaddokSaya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 bermula dengan menjual produk fizikal di pasaran tempatan & antarabangsa.

Sejak itu juga saya mendalami teknik-teknik melakukan pemasaran di internet. Bukan sekadar menjual produk fizikal saya juga melebarkan sayap perniagaan dengan menjual produk-produk digital yang saya hasilkan.

Alhamdulillah saya berjaya menghasilkan jualan yang konsisten setiap bulan & membina empayar perniagaan sendiri hasil menjalankan teknik-teknik yang saya temui & pelajari dari mentor-mentor hebat. Saya juga telah membantu ramai usahawan baru mahupun lama yang melebarkan perniagaan mereka melalui pemasaran internet.

Ada yang dah mencapai JUALAN 5-6 angka sebulan. Ada tokey umrah, tokey tudung, tokey jubah, tokey makanan, buat direct sales & pelbagai jenis bisnes yang memerlukan cara pemasaran berkesan.

Setelah 6 tahun menjalankan perniagaan/pemasaran di internet, saya nak kongsikan pengalaman dan ilmu kepada anda dalam satu seminar yang santai iaitu ‘Seminar Roket Emel 2016’ . Ramai yang minta saya kongsikan ILMU dan PENGALAMAN sepanjang 6 tahun saya menjalankan perniagaan 100% melalui internet ini & sekarang adalah masa terbaik.

Najib Asaddok
Guru Pemasaran Online
Roket Emel
Momentum Internet Sdn. Bhd.

media-najib-asaddok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.