fbpx
blog najib asaddok

Sesi ‘Penyakit Berjangkit’ Yang Dibawa IMPAK

usahawan impak malaysia

Salam

Hari ni baru sempat nak post berkaitan Business Networking yang dijalankan oleh Persatuan Usahawan IMPAK baru-baru ini. Saya baru jer diamanahkan sebagai Timbalan Pengerusi Usahawan IMPAK Malaysia ni.

InsyaAllah banyak program yang dirancang untuk membantu para usahawan di Malaysia ni untuk mendapat ‘jangkitan’ penyakit KEJAYAAN.

Alhamdulillah IMPAK telah mengadakan Business Networking pada 3 Disember 2014 di Bangi Gateway Bdr Baru Bangi. Kehadiran para usahawan lebih dari 30 orang untuk sesi santai teh tarik sambil sharing input2 bisnes.

Antara usahawan yang hadir adalah Tuan Burhanuddin selaku pengerusi IMPAK, beberarapa usahawan internet yang terbukti telah Berjaya saudara Hakim Najili, Azhaan Brothers, Syed Hafidz, Saudara Rashidi & ramai lagi.

Dalam post ni saya cuma nak share beberapa tips terutamanya berkaitan teknik pemasaran berkesan yang telah pun dikongsikan oleh para usahawan pada malam tersebut.

10830706_767682423280109_2171584348554769719_o

Burhanuddin Othman, Usahawan Hartanah & Pengerus IMPAK Malaysia

  • Market kita kecil & berebut dalam satu market di Malaysia ni
  • Ada market yang lebih luas kita boleh explore
  • Market Indonesia ada 250 juta orang, market Middle East juga sangat besar
  • Orang membeli disebabkan brand

Najib Asaddok Usahawan Internet

Mohd Najib Asaddok, Usahawan Internet/ Timb. Pengerusi IMPAK MAlaysia ( Sayalah tu…hehehee)

  • Penekanan pentingnya buat pemasaran mengikut trend.
  • Cara pemasaran tradisional semakin kurang berkesan & kos yang semakin mahal.
  • Tak kira kita buat bisnes apa pun matlamat sama, nak dapat pelanggan
  • Nak dapat pelanggan dari mana masalahnya
  • Dari online lah sebab sekarang ni trend orang memang buat apa pun kat online
  • Tapi nak buat pemasaran online kena tahu strategi nya kalau tak habis duit jer

hakim najili

Hakim Najili, Usahawan Internet

  • Nak tahu permintaan produk tengok pada Google Trends
  • Keyword ni ada yang orang setakat nak survey, ada yang nak beli
  • Create awaress produk dulu sebelum menjual

Azhaan brothers

Azhaan Brothers, Usahawan Internet

  • Pengalaman beliau buat sales internet guna blog & SEO
  • Banyakkan guna perkataan yang ‘mencairkan’ orang
  • Nak tarik perhatian orang dalam masa 46 saat pertama jer
  • Gambar & ayat kena POWER
  • Beli Harian Metro untuk belajar ayat headline depan dia
  • Kat blog citer produk boleh panjang lebar
  • Buat ayat macam customer depan kita

10544748_767682813280070_2601847283241744621_o

Ahmad Rashidi, Usahawan Internet – Tokey Spray Mandian Kucing

  • Jual spray kucing, produk yang asalnya bukan produk online
  • Orang tengok facebook dia tak baca tapi dia cuma SCAN
  • Jadi kita kena pandai tangkap mata orang dengan ayat power
  • Kalau produk mahal jangan letak harga dalam description
  • Kalau produk harga rendah RM50-RM100 boleh terus letak harga
  • Kita kena kenal customer kita, masalah customer kita

10680033_767682883280063_6073525510836831082_o

Syed Hafidz, Usahawan Internet – Tokey Produk Kecantikan

  • Buat branding & jual barang dalam premis kita
  • Premis orang meniaga online adalah Email Marketing
  • Kebarangkalian tinggi untuk membeli bagi orang yang masuk email
  • Bawak masuk ke database dan doktrinasi untuk diorang membeli

10005972_767682729946745_6079035015439095472_o

Memang superb apa yang dikongsikan oleh sahabat-sahabat usahawan malam tu…Sebelum ni sebenarnya saya antara yang malas nak join mana-mana kelab atau persatuan usahawan disebabkan karenah birokrasi & tak nampak keihkhlasan mereka untuk benar-benar membantu usahawan melainkan ada agenda individu tertentu.

Persatuan Usahawan IMPAK ni nampaknya benar-benar mahu membantu mengumpulkan para usahawan & saling berkongsi ilmu antara satu sama lain. Akibatnya berjangkit-berjangkitlah penyakit KEJAYAAN sesama usahawan..Kan seronok tu!

Nak jadi usahawan kena berdikari tanpa perlu mengharap bantuan kewangan, geran & sebagainya..Kalau ada pun anggaplah sebagai BONUS. Yang pening sebenarnya adalah ILMU & Pengalaman antara usahawan.

Semoga lebih berjangkit penyakit kejayaan dalam program-program IMPAK di masa akan datang. Yang belum sertai IMPAK, daftar PERCUMA di —->> www.impak.my

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !