fbpx
blog najib asaddok

SAKIT PINGGANG LEPAS DATANG KELAS SIFU NAJIB

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur pada Allah Swt.

Saya dan isteri telah hadir ke Seminar Roket Emel dan kelas intensif Momentum Internet pada 11 hingga 13 Dis 15 baru-baru ni di Kluang, Johor.

hasanbakar1

Memang berasap kepala sepanjang 3 hari tu. Terlalu banyak ilmu yang sifu Najib bagi.

Habis kelas, semangat berkobar-kobar untuk buat apa yang dah sifu ajar. Jadi, balik je dari Kluang, saya dan isteri mula merancang apa langkah yang sepatutnya kami lakukan.

Kami start buat iklan page Like dulu. Page kami Ryanis Cotton. Kami menjual kain pasang yang kami pilih sendiri dari luar negara.

Sebelum ke kelas sifu, page kami dah ada 6k likers. Atas tunjuk ajar sifu yang mengajar kami cara buat Fesbuk Ads yang betul, likers page dah mencecah 8k+++. Kos paling rendah adalah 0.09 sen.

Kami nak buat sales untuk tarik lebih ramai likers. Jadi kami buat sales untuk bagi kain secara percuma. Sifu Najib ada bagitahu, sebelum buat sales, buat BUZZZZ iklan dulu. Jadi kami buat iklan tu 2 hari sebelum sales.

Hari sales tu bermulalah episod sakit pinggang sebab dok tercongok menjawab dan mengambil order. Whatsapp order masuk bertalu-talu. Jumlah sales kami selama 3 hari (17 hingga 19 Dis 15) mencecah 5k++. Alhamdulillah.

939387_1118093444898318_948936596_o

Esok kami nak buat step yang seterusnya iaitu nak buat contest untik tarik lagi ramai likers.

Sifu, ok tak apa yang saya dan isteri saya buat setakat ni? Minta pendapat dan tunjuk ajar daripada sifu dan kawan-kawan sekalian. Maaf saya tak pandai sangat nak tulis karangan panjang. Bahasa pun tunggang langgang.

Cuma nak berkongsi kegembiraan saya.

Memang betul kata sifu. Jangan banyak fikir….”BUAT JER”. Fokus  sebab hasilnya memang OHSEM.

Terima kasih sifu.

Hasan Bakar

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !