fbpx
blog najib asaddok

Produk Atau Pemasaran Yang Penting ?

Saya tahu ramai yang nak mula bisnes tapi tersilap langkah. Tak tahu nak mulakan bisnes macam mana. Nak utamakan produk dulu ke, nak utamakan cara pemasaran dulu…

90% yang mula bisnes GAGAL di tahun pertama…YA itulah realitinya…Kenapa?

Ramai yang bila mula bisnes lebih pentingkan stok produk. Modal RM10,000 beli produk sampai RM9000. Tinggal RM1000 sahaja untuk kos pemasaran. Itupun masih ramai yang buat bisnes tanpa buat sebarang promosi/pemasaran..

Akhirnya….

  • Stok berlambak tak dapat jual
  • Tak boleh nap rolling modal
  • Stok barang mula expired
  • Bisnes balik modal atau rugi

SEBAB TU….utamakan cara PEMASARAN! Kalau tak tahu belajar dari yang berpengalaman…

Anda kena tahu nak buat pemasaran dulu…Bila pemasaran berkesan stok barang boleh habis cepat. Stok habis boleh restock semula tanpa sebarang masalah… Kalau stok tak habis macam mana nak tambah kos untuk promosi? Hahh tu yang ramai RUGI!

Jadi belajarlah dulu teknik pemasaran yang berkesan, mudah, & boleh naikkan jualan bisnes anda. Tapi nak buat pemasaran pun banyak caranya

-Flyers
-Iklan Surat Khabar
-Iklan Radio
-Iklan TV
-Tampal poster kat pokok
-Banner

imgleafletsflyers

Tapi cuba kira kosnya pulak…berbaloi ker? Berkesan ke? Anda sendiri ada jawapannya…

Pemasaran ni kita kena tengok pada 2 aspek penting

  • Kos
  • Keberkesanan

Anda yengok cara pemasaran tradisional ni..cuba kira kalau anda duduk di satu daerah, contohnya daerah Klang. Berapa banyak kos yang anda perlu keluarkan kalau nak buat fleyers? Masalahnya berkesan tak? Anda sendiri suka atau tak terima flyers? Huhhh…memang mencabar cara ni…

Sebab tulah trend sekarang ni orang mula beralih kepada pemasaran melalui internet. Anda sendiri saya yakin mesti tengah online skang ni..kalo tak macam mana boleh baca post ni..hehehee…gurau jer…

Tapi…online pun banyak cara

  • Facebook
  • Forum
  • Blog
  • Search Engine
  • Google Adwords
  • Website
  • Email

online_traffic

Yang mana satu paling cepat, murah & berkesan?

Berdasarkan pengalaman saya sendiri  2 teknik paling pantas untuk dapat pelanggan dan mengekalkan jualan yang konsisten adalah..jeng..jeng..jeng…

Facebook Ads

pemasaran_facebook_ads001

Ada 16 juta pengguna facebook di Malaysia. Besar jumlah bakal pelanggan kita ni… Keluarkan bajet dan anda boleh tarik TRAFIK yang berkualiti ( bukan kuantiti semata-mata tau ) dan tukarkan mereka menjadi pelanggan anda. Tapi kena ada cara dan sistem yang betul, jika tak anda akan membazirkan TRAFIK yang ada dalam perniagaan anda di internet.

Pun begitu ada beberapa kelemahan ketara yang ada  dalam facebook ads ni dan ia perlu ditampung oleh senjata pemasaran online yang lain. Ada kesempatan saya share kelemahan-kelemahan fb ads ni ya..

Email Marketing

pemasaran_emel_email_marketing001

Contoh landing page untuk kumpul email list —>> www.najibasaddok.com/3kesilapan/

Ini adalah senjata pemasaran fevret saya dari dulu..Kaedah yang TRADISIONAL tapi sangat power untuk menghasilkan bukan satu jualan kepada pelanggan anda tetapi BANYAK KALI.

Sebab tu ada yang kata ‘Menjual dengan orang yang pernah beli produk kita lebih senang dari menjual pada mereka yang belum pernah beli’. Sebab apa? Sebab mereka dah PERCAYA dengan kita!

Jadi untuk teknik ni saya pecahkan kepada 2 golongan dan apa fungsi email marketing dalam membantu perniagaan anda.

PROSPEK (Bakal Pembeli)

Bila anda simpan database mereka kan senang untuk anda mewujudkan keperluan (educate) supaya mereka rasa perlu dapatkan produk yang anda tawarkan. Sistem emel akan pujuk sampai mereka beli produk anda secara Automatik. Kan senang ada pembantu peribadi yang bantu meningkatkan jualan anda.

PEMBELI

Anda perlu simpan database pelanggan guna sistem email marketing.. Pada masa depan anda boleh tawarkan mereka produk anda yang lain asalkan ada kena mengena dengan produk yang mula-mula tadi. Katalah anda jual tudung, mesti anda mempunyai banyak jenis/fesyen tudung.

Bila anda guna emel anda sekaligus menjaga hubungan anda dengan pelanggan yang sedia ada. Mudah untuk anda OFFER mereka dengan produk anda yang lain. Bayangkan anda ada 100 orang pelanggan setia setiap bulan dan mereka pula memberi anda keuntungan RM100 setiap orang. Pendapatan anda pastinya konsisten (100orang X RM100 = RM10,000) tanpa anda mengeluarkan kos promosi yang tinggi.

pemasaran_emel_email_marketing002

 Jualan selama 4 hari dengan menggunakan teknik Email Marketing

Ini lah antara yang saya lakukan sejak 2009 hingga sekarang..Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada anda ya! Share2 lah kat wall anda supaya ramai dapat manfaatnya…

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !