fbpx
blog najib asaddok

Penghujung Syawal Tahun Ini…

Assalamualaikum.  

Ya Allah kami bersyukur kerana telah diberi kekuatan untuk kami mengerjakan amal ibadat sebulan Syawal ini. Di penghujung syawal tahun ini, Ya Allah kekalkanlah segala amalan kami ini secara berterusan. dan anugerahkan kami dengan syurga firdaus Mu. 

Ya Allah kami memohon bila kami terjaga diwaktu pagi terjagalah kami dalam fitrah Islam dan kalimah ikhlas dan dalam Islam agama Nabi kami Nabi Muhammad SAW dan ajaran bapa kami Nabi Ibrahim AS.

Ya Allah yang maha pengasih lagi Maha Penyayang. Bukalah pintu2 kebaikan, pintu2 keselamatan, pintu2 kesihatan, pintu2 kekuatan, pintu2 nikmat, pintu2 keberkatan, pintu2 kasih sayang, pintu2 cinta sejati, pintu2 ilmu, pintu2 rezeki, pintu2 keampunan dan pintu2 syurga bagi kami.

Ya Allah janganlah kami disibukkan dengan hal- hal dunia hingga kami lalai mengerjakan ibadah harian kami.

Ya Allah kami bersyukur kerana telah diberi taufik dan hidayah dan kekuatan iman.

Ya Allah, kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dgn sifat syukur dan redha dan bersabar menghadapi segala ujian Mu.

Ya Allah makbulkanlah segala hajat kami. Engkau maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati kami.

Ya Allah jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti kepada ibu bapa kami di penghujung Syawal tahun ini.

Ya Allah, kurniakan kpd kami rezeki yg halal lagi diberkati. Jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. .

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal ‘Alamin. .

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !