fbpx
blog najib asaddok

NAK TAHU CARA BASIC TULIS CONTENT YANG SIMPLE TAPI PADU?

Ramai usahawan selalu mengadu, tak tahu nak tulis content, tak tahu nak guna copywriting apa, tak tahu nak pilih ayat..

Senang citer, macam-macam punya tak tahu.

Sebenarnya nak tulis content tak susah mana pun. Yang susahnya bila sebahagian usahawan yang ada pemikiran tak suka share.

Bila tak suka share, secara tak langsung minda dia rasa semuanya susah. Semuanya sebab nak kejar sales, tak suka sharing.

Kalau anda semua tak nak bertindak untuk menulis content, sampai bila pun bisnes korang akan kekal tahap sama, susah nak berubah jadi lebih baik.

Nak dapatkan benda yang kita tak pernah dapat, kita kena buat perkara yang tak pernah buat. Simple..

So, nak mudahkan anda semua tulis content dengan mudah, cerr klik pada setiap gambar untuk tahu CARA BASIC TULIS CONTENT YANG SIMPLE TAPI PADU.

Ini adalah cara step by step untuk anda senang nak faham struktur copywriting content yang boleh buatkan orang tertarik dengan brand anda.

Tak nak baca, tak nak buat takde masalah. Sebab orang berjaya dia baca dan terus bertindak buat sampai jadi.

Pertama sekali nak menulis content WAJIB ada tajuk yang ada unsur emosi.

Headline yang beremosi akan gerakkan mata untuk berhenti dan baca content anda.

Anda boleh belajar macamana akhbar-akhbar yang ada dala pasaran buat headline yang memukau pembaca.

Nak belajar tulis, memang perlukan masa dan proses. Dan inilah proses yang pertama.

Lepas dah pilih tajuk, barulah senang sebab penulisan anda dan terarah.

Lepas dah ada tajuk, kena ada senarai point-point penting yang anda rasa perlu masuk dalam penulisan content anda.

Anda boleh senaraikan berbelas-belas point tapi lepas dah senaraikan, pilih hanya 5, 7, 9, 11 atau berapa yang anda suka dalam ganjil.

Kenapa ganjil? Orang sukakan nombor ganjil.

Dari senarai tu, pilih hanya yang penting dan paling besar untuk dijadikan point utama.

Setiap point yang anda highlight tu, mesti ada sebab anda pilih.

Anda kena jelaskan kenapa dengan point dengan anda jelaskan apa isu yang sedang berlaku.

Jelaskan dengan gaya bahasa paling mudah. Kalau bersifat saintifik, anda kena mudahkan. Guna gaya bahasa seperti orang bercakap.

Bila anda dah jelaskan isu yang berlaku, barulah anda masuk pada penerangan akibat bila isu itu terus berlaku atau isu itu tidak diselesaikan.

Bila anda tulis begini, anda sedang menarik pembaca untuk teruskan pembacaan.

Bila anda dah highlight kan akibat, barulah anda ceritakan cadangan / proposal cara untuk selesaikan isu tadi.

Bagi tips yang mudah, tips yang praktikal untuk orang amalkan.

Berikan nasihat yang berkait ketika proses nak selesaikan masalah tu berlaku.

Nasihat mungkin dalam bentuk tips atau panduan.

Paling penting, berikan apa perubahan yang bakal mereka hadapi bila dah selesai isu.

Harapan bukan dalam bentuk jaminan tapi dalam bentuk kebaikan yang mungkin mereka dapat.

#roketcontent
#ormnajibasaddok

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !