fbpx
blog najib asaddok

Kisah IMPIAN ‘Kuda’

Salam. Terima kasih masih follow blog saya ni. Harap segala tulisan dan sharing saya dalam ni memberi anda manfaat. Hari ni saya sekali lagi nak kongsikan cerita saya untuk memberi anda satu inspirasi & menguatkan semangat anda untuk berjaya dalam perniagaan.

Tahun 2004 saya bermula dengan terlibat dalam bidang direct selling atau MLM. Dah tentu saya buat tu kerana BIG WHY yang sangat besar. Ibu saya masih bekerja kilang ketika itu untuk menyara anak-anak yang masih bersekolah dengan gaji sekitar RM400-RM500 sebulan.

Ketika tu tak banyak saya ‘earn’ lebih banyak ‘learn’. Kesusahan keluarga menyebabkan semangat saya tak pernah luntur, saya buat jer apa yang boleh dan tak fikir jadi atau tidak.

Waktu tu saya berniaga part time hanya menaiki motorsikal Yamaha 125Z saya jer.Beli pakai biasiswa JPA ketika tu…. dan itu sahaja kemampuan saya ketika itu. Kalau nak hantar mak ke mana-mana terpaksa tebalkan muka pinjam kereta arwah makcik saya Nissan Sunny. Tapi nak buat macam mana.. tebal muka pun teballah.. yang penting dapat gembirakan mak.

yamaha 125z najib asaddok

Saya dah set satu masa nanti saya akan miliki ‘kuda’ saya sendiri. Saya nak gembirakan hati emak dengan bawak dia berjalan-jalan dengan hasil keringat saya. Alhamdulillah 2014 lepas motor saya hilang saya mampu membeli kereta kancil 850. Walaupun tak mahal cuma RM350 installment bulanan, saya selalu juga miss tak bayar 2-3 bulan. Masa tu bisnes tak berapa menjadi lagi.

Kancil ni jugak banyak membantu saya ketika menjadi Salesman dulu dalam bidang penapis air dan selepas tu banyak kali saya gunakan untuk pergi belajar berkaitan pemasaran internet. Rutin mingguan berulang alik Segamat-KL untuk belajar.

Jangan jadikan alasan jauh untuk ‘menangguhkan’ kejayaan anda sendiri. Keputusan anda menentukan kejayaan anda sendiri.

kancil 850 najib asaddok

2009 menjadi tahun turning point saya, saya mula mendalami dan praktis pemasaran internet. Saya mula menjual produk-produk melalui platform ebay & dengan kemampuan tu dapatlah beli ‘kuda’ second hand yang lebih selesa.

Tapi…masalah melanda lepas tu..maklumlah kuda second hand selalu jer rosak dan bermasalah. Kos repair bukan murah, beribu-ribu jugak ditelannya. Saya nekad satu hari nanti saya akan miliki ‘kuda’ impian saya yang berketurunan German..hehehee

Screen Shot 2015-09-15 at 4.59.17 PM

Impian tu tercapai ketika umur saya 28 tahun (tahun 2012) saya berjaya memiliki sebuah Mercedes Benz C200. Semua adalah berkat doa ibu & isteri saya serta sahabat2 yang mendoakan. Alhamdulillah kuda ni membantu saya bergerak dalam bisnes dengan lebih ligat lagi. Jualan syarikat pun semakin meningkat berkali ganda. Betullah kata mentor saya, capai satu KEJAYAAN reward diri kita dengan IMPIAN yang kita hajati.

Capai jer satu IMPIAN terus renew/listkan lagi matlamat yang baru. Sekali lagi tahun 2015 saya berjaya mencapai impian saya untuk memiliki ‘seekor’ kuda impian saya yang pernah saya tulis pada IMKK 2012. Tengok gambar ni ya.. Saya ditemani isteri tercinta ketika mengambil kuda ni pada 4 September 2015. BMW 528i M Sport…Alhamdulillah syukur dan terima kasih kepada Allah yang memberikan nikmat ini.

najib asaddok BMW 528i M Sport

Saya cuma nak kongsi sebenarnya bukan susah untuk mencapai Impian ni jika anda kenalpasti BURNING DESIRE anda. Anda kena tahu apa perkara yang boleh membuatkan anda terbakar gila. Contoh macam saya dari kecil memang menumpang rumah arwah Datuk menyebabkan kami sekeluarga jadi bahan cemuhan sebab dikatakan menumpang.

Itu membuatkan saya rasa tak selesa & rasa tercabar. Tanggungjawab adalah di tangan saya ditambah dengan cabaran pada tahun 94 bila bapa saya meninggal dunia & mak terpaksa bekerja kilang membesarkan anak-anak.

Saya pasti anda pun ada faktor yang boleh ‘membakar’ semangat anda. cari faktor tu, mungkin ada yang disebabkan cabaran, mungkin ada yang nak buktikan mereka adalah anak yang terbaik. Atau nak buktikan pada orang yang mencemuh anda bahawa anda mampu untuk berjaya.

Ambil nota anda sekarang dan senaraikan apakah faktor2 yang boleh membuatkan anda ‘terbakar’ dan takkan berpatah semangat kalau gagal sementara. Anda hanya perlu buat sampai jadi. Carilah guru atau mentor yang boleh membimbing anda untuk berjaya. Guru atau mentor ni lah yang menjadi penunjuk ‘jalan short cut’ untuk berjaya.

My last word untuk anda,

Kadang-kadang dalam bisnes akan ada rasa macam kita akan jatuh dan gagal, pedulikan perasan tu.. Sebab tu hanya ujian & tugas kita hanya teruskan apa yang kita yakini utk dibuat..InsyaAllah KEJAYAAN memang rapat dengan kita & tercapai lepas tu.. Berserah bulat-bulat pada Allah untuk memakbulkan impian kita.

Harap perkongsian pengalaman saya memberikan anda sesuatu yang baru & memberi manfaat.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !