fbpx
blog najib asaddok

Kisah & Cara Sebenar Buat Affiliate Marketing Di Malaysia

Salam. Alhamdulillah hari ni berkesempatan untuk tulis satu lagi post dengan harapan dapat menambah nilai kepada anda..InsyaAllah…

Baru-baru ni saya menyertai satu lagi cabaran affiliate Teknik Bisnes Kerajaan anjuran Sdr Haryzat Zulzahary, seorang usahawan internet, usahawan kerajaan & pelabur hartanah. Hebat orangnya! Beliau melancarkan cabaran affiliate sejak bulan lepas kalau saya tak silap, tapi saya hanya dapat join 5 hari terakhir cabaran.

Panduan ni dalam bentuk DVD yang dipasarkan pada harga RM197. Komisyen affiliate pula diberi sebanyak RM100…fuhh..memang lumayan pak!

pemasaran affiliate malaysia

Ok2 mesti ramai nak tahu teknik apa saya gunakan menyebabkan saya dapat hasilkan 35 jualan dalam masa 4 hari setengah ?

Ramai newbies yang masih blur sebenarnya apa kaedah berkesan supaya dapat banyak jualan…betul tak?

Pada saya sendiri sebagai seorang yang pernah beberapa kali menjuarai cabaran affiliate terutamanya niche internet marketing, sudah tentu Teknik Email Marketing.

Beberapa tips penting saya nak kongsikan di sini

1. Pilih niche terlebih dahulu

Bila nak terlibat dengan affiliate marketing pastikan anda memilih satu niche atau bidang terlebih dahulu. Antara niche yang ada adalah Internet Marketing, Kewangan, Kerjaya, Motivasi, Kesihatan, Pendidikan & sebagainya. Pilih satu niche kemudian baru cari produk berkaitan. Ramai yang GAGAL sebab nak promosi semua produk. Akhirnya satu pun tak boleh buat.

2. Masalah TRAFIK

Yang penting dalam affiliate adalah keupayaan anda nak tarik trafik atau pelawat untuk ke website jualan produk. Bila tiada trafik maka tiadalah jualan yang terhasil. Ada yang nak guna cara free iaitu melalui fb profil, tak salah..Tapi cara tak kena. Friend pun ada ciput jer macam mana nak tarik trafik. Trafik pulak bukan kuantiti jer tapi trafik berkualiti. Kalau promosi produk internet marketing kena tarik trafik yang nak buat bisnes, bukan main belasah jer tau.

3. Gunakan Email Marketing

Database dalam email marketing adalah trafik, banyak database yang anda simpan maka besar juga trafik anda. Jadi dalam cabaran affiliate teknik bisnes kerajaan baru ni pun 90% saya menggunakan email marketing. Saya hanya email kepada subscriber saya yang majoriti dalam niche internet marketing atau mencari peluang bisnes. Jadi kena lah dengan produk yang saya nak promosi ni. Skali blasting email ia sampai kepada hampir 10,000 list yang saya simpan. Alhamdulillah dapat buat 35 unit jualan dalam masa 4 hari setengah.

Screenshot 2014-11-18 11.55.41

Screenshot 2014-11-18 15.08.25

Dalam cabaran ni saya hanya blast 2 kali sahaja kepada subscriber. Yang best bila guna teknik email ni kita masih ada peluang untuk push mereka yang belum dapatkan produk untuk dapatkan segera. Kira macam follow up lah..Sebab tu kalau anda tanya mereka yang selalu top dalam affiliate pasti guna email marketing. Itu lah kunci kejayaan affiliate sebenar!

Yang best lagi..nak tau? Database/list yang ada ni boleh digunakan untuk promosi produk affiliate pada masa akan datang pulak. Mat Salleh kata ‘Kill 2 birds with 1 stone’. Kumpul list sekali, boleh makan hasil berkali-kali….

Nak try email marketing? Daftar kat sini untuk FREE 30 hari

[javascript][/javascript]

Ok-ok berbalik pada kisah saya tadi, alhamdulillah pada 16 November 2014, tuan Haryzat telah menjemput saya dan beberapa top affiliate yang lain untuk majlis makan-makan meraikan top affiliate produk beliau ni di Alamanda Putrajaya. Apalagi saya memang takkan lepaskan peluang ni tau..Bukan sebab nak makan (hehehe…dah ajak makan jer lah) , tapi lebih kepada sesi gathering atau networking dengan sahabat-sahabat usahawan lain yang hebat-hebat & legend.

pemasaran affiliate malaysia

IMG_0867

Antara yang hadir, Zulkifli Shafie, Haryzat, Shuth The Legend Of IM, Jamal Sifu FBads, Raja Kamil, Shahrir Bahar, Rizal Razak

IMG_0865

IMG_0853

Bawak mak dan anak-anak sekali, dapatlah diorang tengok wayang cerita terbaru Big Hero 6.

Memang best dapat banyak perkongsian dari para otai dan legend, sampai kan terpaksa order air dan makanan berulang kali..hehehe..terima kasih tuan Haryzat yang menjadi sponsor utama & Tahniah atas jualan 900 unit DVD Teknik Bisnes Kerajaan. Kami lepak di situ dari jam 2.30 petang hingga 5:30 petang.. Sesi santai yang cukup bermakna.

Tiba di kemuncak bila tuan Haryzat dah mula menyampaikan komisyen serta hadiah bagi setiap affiliate. Cabaran kali ini dijuarai oleh Jamal Sifu FB Ads dengan jualan lebih 100 unit. Siap dapat iPhone 6 lagi…

Screenshot 2014-11-18 12.11.04

Total sale yang saya dapat 35 unit tapi ada sorang tu ada masalah pada pembayaran pulak. Jadi cuma 34 unit yang diisytiharkan. Apa pun syukur sebab tak sangka dapat juga hadiah pakej penginapan di Port Dickson

IMG_0866

Terima kasih banyak-banyak sekali lagi kepada tuan Haryzat, ada cabaran jemput lah lagi.

Selain dari itu saya juga menjalankan 2 produk affiliate luar negara tetapi saya pasarkan di pasaran tempatan. Yang bestnya komisyen dalam US Dollar..

Ini hasil untuk bulan ini

komisyen_pemasaran_affiliate001

Komisyen nampak tak besar tetapi konsisten setiap bulan

komisyen_pemasaran_affiliate002

Komisyen dalam US Dollar. Hanya pasarkan produk berbentuk digital

Dan bagi anda yang nak mulakan pemasaran affiliate tak susah jika anda ada ILMU. Ambil masa untuk hadir ke seminar atau kelas yang saya anjurkan jika serius untuk belajar. Banyak tips penting akan saya curahkan nanti…Ok jumpa lagi ya dalam post akan datang.

Semoga bermanfaat!

[recent_posts style=”1″ posts_num=”3″][/recent_posts]

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !