fbpx
blog najib asaddok

Jual Kuih Batang Buruk Online Untung Bersih Dah Capai Lebih 100k

Assalamualaikum, MY SIFU EN NAJIB ASADDOK.

Terima kasih En Najib dan  HALALKAN segala tunjuk ajar dan ilmu EN NAJIB ye

Alhamdulillah,bersyukur …
TAK SANGKA Dengan JUALAN DAHAN RAPUH sales jualan harian Bulan FEBUARY 2016 ni cecah RM 20,000 sebulan ,dulu RM 200 sebulan pun susah . Sales bulan puasa 2016 baru ni pun keuntungan berjaya mencatat lebih 100k !

IMG_0567

Nama saya NORSYAFIQA BINTI HJ WAGIMAN,berumur 26 tahun,mempunyai 2 orang cahaya mata…Big why saya ialah ibu saya Hjh NORAINI BINTI YUNUS@YUNOS.

Perniagaan DAHAN RAPUH yg dulu dikenali dengan BATANG BURUK ni bisnes dari ibu saya,dulu masa arwah ayah masih ada banyak jual offline di musim perayaan sahaja.Tapi sejak ayah meninggal,ibu suruh abang yang buat marketing, ibu pula buat kuih ni,sbb ibu tak berapa pandai marketing. Tetapi abang ditipu dengan salah satu agent offline mencecah RM 30,000,dan ibu terus stop dan dah tak nak buat dah. Hanya bergantung pada duit pencen arwah ayah.

IMG_0570

Saya sebagai anak dan ibu kepada 2 orang cahaya mata, bertekad akan lakukan apa sahaja cara untuk ibu saya & anak2. Kita hanya ada seorang ibu dalam dunia ni. Saya tak sanggup kehilangan ibu terlalu cepat. Saya tak nak bila saya umur semakin meningkat, saya hanya lihat  kain batik IBU TANPA sempat saya balas jasa mereka besarkan saya dengan susah payah.

Selepas itu Ibu saya memberi semangat kat saya dan suruh berdikari cari modal sendiri untuk teruskan perniagaan ni,sebab saya dari kecil banyak kacau ibu buat kuih,last2 jadi minat dan sayang rasanya kalau dibiarkan sebab resepi ibu ni memang superb sedap.

Tahun pertama tu saya pinjam duit bekas suami sebanyak RM 23 RIBU,dan saya buat 10,000 peket,saya buat dan abang tolong jual kan, yg laku hanya 3500 peket sahaja, lagi 7000 pket tu telan sendiri buang & ada yang terpaksa bakar. Jualan 3500 peket tu la saya bayar hutang separuh dahulu.

Tahun ke 2 sikit-sikit saya kumpul modal sendiri dan cuba belajar marketing sendiri, tapi buat offline dulu sebab buta IT. Buat 3000 peket pun tak habis, last2 buang macam tu je.modal dah banyak keluar habis berbelas ribu,last2 modal dapat separuh je untung lagi la tak payah nak cakap langsung tak merasa,dah puas menangis.

Bayangkan PREGNANT anak ke 2, kandungan 6 BULAN buat kuih angkat tepung,mesin sendiri,sebab tak cukup modal bayar gaji pekerja, angkat kotak seberat2nya satu kotak(60 pcs x 300g) tu 18 Kg ..Hantar ke JB naik kereta 15 kotak. Dulu… bekas suami jauh,  tu semua buat sendiri. Hantar ke kedai tak habis dipulang kan balik..dengan ada orang tak bayar duit kuih. Ya Allah bile saya tulis balik ni menangis bile teringatkan peristiwa 4 tahun lepas. Setelah habis sahaja bayar hutang separuh pada bekas suami, kami pun berpisah..anak2 semua saya & ibu yang tanggung, duit ansuran kereta RM 711 lagi. Macam2 saya jual, produk kecantikan untuk besarkan 2 orang cahaya mata.

Untuk itu saya kena buat sesuatu. Saya dah puas menangis, cukup2 lah orang cakap saya perabis duit mak bapak,hidup menumpang,perceraian dgn suami pertama banyak dugaan ujian yg datang, kereta atas nama saya, keluarga pulau kan saya dengan orang pandang hina dah tak larat untuk bersedih..tak kan asyik nak menyusahkan ibu saya. Saya tak boleh buat loan lagi sebab sy tak ada pendapatan tetap dan bebanan bayaran ansuran kereta tapi itu hanyalah SEBAB saya jumpa peluang ni.

Saya cuba explore laman sosial dan terjumpa ROKET EMEL ni. Banyak kali jgk halangan nak pergi seminar ini sampai tepat pada waktunya,saya ajak CIKGU SAHAM saya pergi SEMINAR ROKET EMEL pada Bulan SEPTEMBER 2015, setelah EN NAJIB share banyak sangat ilmu dlm seminar, saya tak fikir panjang dan terus DAFTAR kelas coaching, masa tu langsung tak fikir duit kelas, tinggal tu je duit simpanan saya, saya yakin En Najib boleh membantu saya, terus DAFTAR KELAS INTENSIF.

Online marketing adalah luar bidang saya, tapi apakan daya NAK TAK NAK saya kena cuba. Saya PAKSA DIRI untuk mencuba, walau pernah juga gagal sebelum ini.

Saya perlukan duit yang banyak,untuk menangung bayaran ansuran kereta bulanan saya &  anak2 lagi.. jadi saya tiada pilihan dan terpaksa buat juga. Saya suri rumah, dan saya berbisnes tapi susah nk cecah 1 k sebulan.. Sy percaya susah bisnes tu sebab takde ilmu, ada ILMU semua jadi senang. Tapi kita kena KUAT, insyaAllah sukses!

Dalam sesi intensif ni, saya tak buat berseorangan. Saya bersama MENTOR – SISTEM – KOMUNITI. Saya belajar 1 by 1 dan saya benarkan diri saya utk diajar. Saya campak jauh2 EGO saya, saya belajar dari mereka mempunyai pengalaman yg dah berjaya dan pendapatan yg besar hasil dari kelas En Najib..

IMG_0516
Dalam sesi coaching Sifu Najib memantau sales dan cara pemasaran yang saya lakukan & seronok berada dalam circle yang positif ni

EN Najib  mengajar  dan suruh fokus sebab saya ni buat 2 bisnes dalam satu masa. 2 bulan saya buat tak tahu je kat pages DAHAN RAPUH, pergi coaching bulan 12 baru ni la mula fokus dan team momentum byk membantu saya, saya ikut apa yg diajar. TANPA BANYAK SOAL..Buat jer!

IMG_0569

Apa salahnya jika buang EGO, sbb ego tak buatkan sy kemana-mana pun. Nampak segak bekerjaya, tetapi pengurusan kewangan yg HANCUS! Dari situ, sy belajar. Dari merangkak, kepada bertatih, berjalan dan skrg berlari selaju mungkin! Alhamdulillah Ya Rabbi.

IMG_0565

Sesungguhnya, apa yg sy dapat skrg ni >> langsung sy tak jangka walaupun pernah berimpian!

Alhamdulillah,buat kali pertamanya  sy berjaya cipta lebih dari RM35,000 dalam bisnes jenis KUIH TRADITIONAL ni dari  kelas bulan Oktober 2015 EN NAJIB padahal bukan waktu perayaan, hanya melalui online sahaja.

Duit itulah saya gunakan untuk kos bayar hutang kereta saya. Bayar duit bulanan anak sekolah swasta,  besarkan rumah ibu ( renovate ), beli kan ibu perabot dan bahagiakan keluarga.Bagi duit kat ibu,ibu bapa mertua .Membantu suami. Syukur, bisnes ni memberikan sy pendapatan hari2. Hidup sy terurus. Sy ada masa bersama anak2, lihat mereka membesar.Yang paling best sekarang semua ambil staff buat kerja,yg paling bahagia sy dapat berkongsi rezeki dengan mereka.

Renovate rumah ibu hasil jualan Dahan Rapuh
Renovate rumah ibu hasil jualan Dahan Rapuh

Hanya Allah je dapat balas jasa baik En Najib Assadok.Semoga En Najib kaya berjaya dunia & akhirat.Aamiin ya Allah..

Saya cukup hiba bilamana kita sebagai anak2 tak dapat penuhi impian ibu.

Ibu, Anak-Anak & Suami Adalah BIG WHY saya
Ibu, Anak-Anak & Suami Adalah BIG WHY saya

Alasan kita, tak cukup duit. Ingat tak, mereka tak pernah putus asa cari duit sungguh2 membesarkan kita. Kenapa tidak kita pula bersungguh cari duit untuk mereka? Sebab kita sombong. Kita acuh tak acuh. Kita penuh alasan.

Wahai saudaraku, mari kita buangkan segala benda negatif dalam hidup kita, dan kita cipta kejayaan baru untuk diri kita, keluarga kita. Berapa kali pun gagal, janganlah pernah menyerah. Jika sy boleh buat, kenapa tidak pula anda? Carilah mentor. ikutilah dan usaha sungguh2. Rezeki 9/10 dari berniaga. Pasti jaya!

Syukur…Tiada lagi beban yg memeningkan kepala sy, dan sy bertekad untuk bantu dan berkongsi seramai mungkin anda di luar sana tingkatkan ilmu dan jualan anda bersama ROKET EMEL dan platform hebat ini. Anda hanya perlu hadir ke seminar dan sesi coaching ROKET EMEL, dan benarkan mereka tunjuk ajar anda. Itu sahaja.

Sy kini ada masa bersama org2 tersayang. Suri Rumah berpendapatan lebih RM 20,000 sebulan tu rasa nikmatnya ;)! Org cakap duit tak boleh beli bahagia. Sy tak percaya. Yg sy percaya memang kita perlukan duit utk bahagia. Jgn tipu diri sendiri yg anda tidak mahu duit banyak dan kaya.

Sy diberitahu, kes perceraian dan pergolakan rumah tangga sebab utama bukanlah org ketiga,tapi adalah sebab DUIT. Ekonomi rumah tangga yg goyah. Ya duit tak boleh dibawa mati, tp jika takde duit rasa mcm terseksa jiwa nk mati. Dan saya percaya, ini rezeki mahroja. Peluang ni adalah DOA YG SY MINTA HARI2 dr ALLAH.

Jika anda dibukakan hati untuk join MOMENTUM ROKET EMEL ni, carilah EN NAJIB untuk jadikan sales anda HURA HARA ,sampai org pejabat pos da naik muak tengok muka saya..hihihi.  EN NAJIB SHARE LIVE depan anda  bagaimana nk mulakan marketing online ni.  ILMU adalah milik PenciptaNya, saya cuma kongsikan sahaja. Moga2 bermanfaat.

Alhamdulillah, bebas masa dan duit. Pegi sana sini tanpa ada masalah duit. Bukan menunjuk, tapi saje jer nak bakar! Haha, come on..Anda pasti boleh!!

Hubungi TUAN NAJIB ASADDOK
MOMENTUM ROKET EMEL!

Ikhlas,

NORSYAFIQA BINTI HJ WAGIMAN

Pengasas Dahan Rapuh

www.facebook.com/pagedahanrapuh

 

P.S Keuntungan  bersih beliau baru2 ni berjaya mencatat lebih RM100k hanya dengan MARKETING ONLINE sahaja dan jual kuih sahaja. Macam mana beliau buat? Adalah dengan Formula Roket Emel yang saya share dalam Seminar Roket Emel. Belajar formula dengan memastikan anda berada dalam seminar/kelas yang saya anjurkan.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !