fbpx
blog najib asaddok

Ilmu Roketemel Najib Asaddok Satu Pun Tak Boleh Pakai!

Saya jadi saksi! Saya sendiri berada dalam kelas Tuan Najib Asaddok dari pagi sampai petang. Saya lihat sendiri dengan dua biji mata saya, saya dengar sendiri dengan kedua belah telinga saya, saya catat, saya rasa setiap apa yang berlaku dalam kelas tu. Boleh kata, hampir sedikit pun sel-sel otak saya ni tak berhenti berhubung dari segala perkara yang beliau bagitahu dalam kelas tu.

Kenapa saya kata ilmu beliau tu ‘Satu Pun Tak Boleh Pakai’?

Memang satu pun tak boleh pakai! Cuba bayangkan, anda daftarkan diri ke kelas beliau dengan harga RM160.00 untuk 2 orang. Bermakna saya dapat masuk ke kelas beliau tu hanya dengan harga RM80.00 sahaja. Cuba fikir, murah ke mahal macam tu? Sudahlah kena bayar RM80.00, start dari pagi sampai petang, tak habis-habis dia bagi ilmu bisnes dan teknik marketing yang saya rasa ‘bapaklah’ senang nak faham. Dah lah senang nak faham, senang nak buat pulak tu. Macam mana tak senang nak buat, dah dia ajar sebijik-sebijik apa yang perlu saya buat. Punyalah detail!

Najib Asaddok 02

Kenapa saya kata ilmu beliau tu ‘Satu Pun Tak Boleh Pakai’?

Ini yang saya tak puas hati! Anda dah dapat ilmu yang macam tu punya banyak dan senang. Tapi, anda tak buat TINDAKAN, itu cerdik ke bijak namanya tu? Kalau saya tak buat tindakan, bukan setakat 88 ilmu, 1 ilmu beliau bagi pun saya tak boleh pakai! Kata Mentor Dr Azizan Osman, dan Tuan Najib Asaddok sendiri pun seringkali ingatkan,

“FAST ACTION, FAST RESULT!”

Belajarlah banyak mana pun. Pergilah beratus-ratus kelas sekalipun. Belajarlah ilmu tinggi-tinggi & hebat macam mana pun. Tapi, kalau lambat buat tindakan, kirim salam ajelah nak berjaya dalam hidup. Saya first time join kelas Tuan Najib & sebenarnya last minit juga daftarkan diri ke Seminar Roketemel oleh Tuan Najib Asaddok ni.  Selang sehari, baru saya register sebab banyak sangat fikir. Berat je rasa nak laburkan RM80.00 untuk sertai seminar ini. Takut tak berbaloi langsung. Nanti aku setakat habiskan RM80.00 ni untuk dengar orang ambil peluang jual program atas program. Ketakutan saya meleset sebaik sahaja Tuan Najib start kelas. Beliau tak ambil masa yang panjang nak rapport, goreng-goreng intro. Terus masuk point beb! Secara ringkasnya, ini 3 perkara besar yang saya sendiri dapat dari kelas Roketemel Tuan Najib Asaddok;

Pertama, FB Ads.

Yang ni bukan untuk diri saya sahaja. Saya nak kongsikan juga dengan anda yang lain kalau-kalau ada yang baru nak berjinak dengan FB Ads. Dalam kelas Tuan Najib, beliau akan tunjuk satu persatu cara, dari sekecil-kecil kuman cara macam mana anda nak buat & setting FB Fan Page! Setting yang macam mana yang terbaik untuk kita buat. Macam tak percaya pula saya sampai benda ini pun beliau kongsikan. Nampak simple, tapi sebenarnya memang akan memberi kesan besar kepada keseluruhan perjalanan FB Ads anda nanti. Nak tahu apa settingnya? Datang sendiri Seminar Roketemel. Bayar RM80.00 macam yang saya buat.

Kedua, Copywriting.

Ini masalah kritikal pengguna-pengguna yang buat bisnes melalui FB. Dalam Roketemel, Tuan Najib akan kongsikan 4 RULES / FORMULA untuk kita bina copywriting. Mungkin anda dah biasa dengan A.I.D.A system (Attraction-Interest-Desire-Action) kan? Tapi yang ni lain. Bukan AIDA. Nak tahu apa rulesnya? Datang sendiri Seminar Roketemel. Bayar RM80.00 macam yang saya buat.

Ketiga, Kaji Audience.

Benda ni sangat besar & hebat bagi saya. Sebab, bila kita tahu kaji audience di FB, kita tahu siapa yang kita nak target, macam mana kita nak target & berapa nisbah pelanggan yang kita boleh buat sales dari yang kita target. Paling penting, kita tak akan laburkan kos marketing dengan terlampau tinggi. So, kita ada peluang untuk close pelanggan tu dengan margin untung yang sangat besar! Nak tahu macam mana untuk kaji audience ni? Sama jugak. Datang sendiri Seminar Roketemel. Bayar RM80.00 macam yang saya buat.

Najib Asaddok 01

Banyak lagi perkara anda boleh belajar dengan hanya bayar RM80.00 macam saya. Email marketing, database, conversion rate, brand awareness & macam-macam lagi lah. Semua ni Tuan Najib habiskan dari pagi sampai petang sahaja!

Kesimpulannya, saya pulak rasa segan. Macam tak patut betul rasanya saya bayar RM80.00 untuk dapat ilmu yang memang sangat-sangat-sangat BANYAK, MUDAH & PRAKTIKAL dari Tuan Najib. Saya dapat bayangkan betapa bertuahnya mereka-mereka yang diizinkan rezeki untuk sertai kelas Platinum dari Tuan Najib. Jeles pun ada. Kalau kelas RM80.00 pun beliau dah kongsi banyak perkara, apa lagi untuk kelas Platinum? Dapat personal coaching. Kalau tak betul, beliau tolong perbetulkan. Kalau tak bagus, beliau nasihatkan. Kalau tak cukup, beliau tambahkan. Copywriting tak sedap, beliau bantu baikikan. Hanya semata-mata nak tengok kita ni yang berjaya dalam bisnes.

Jauh di lubuk hati, memang teringin sangat nak dapatkan satu seat dalam kelas tu. Tapi, keadaan kewangan masih belum mengizinkan. Dan mungkin Tuhan nak suruh saya amalkan dulu ilmu yang bernilai ‘Jutaan Ringgit’ yang saya bayar hanya dengan RM80.00 ni.

Terima kasih Tuan Najib Asaddok & team. Moga hidup Tuan diberkati Allah. Mohon halalkan setiap inci ilmu yang Tuan kongsikan. Saya doakan Tuan terus sihat bertenaga

untuk terus berkongsi ilmu, diberkati kehidupan, & diredhai segala amalan. Jika rahmat rezeki Tuhan izinkan, saya akan berada dalam kelas Platinum Tuan tak lama lagi.

Terima kasih!

AMIRUDIN ISMAIL

Pelajar Seminar Roketemel

22 November 2015

Wisma MCA, KL

www.mashooq.biz

FB Page: Mashooq

FB Personal: Amirudin Ismail

Bisnes: Madu Sunnah – Amazing!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !