fbpx
blog najib asaddok

Huru Hara Tak Tentu Hala Hidup disebabkan ‘SAKA’ Tn Najib

Sebenarnya segan nak citer..saya baru sangat bertatih dalam bidang perniagaan ni, tiada pengalaman bertahun2 seperti otai2 yang sedia ada.

Saya bersyukur sangat saya dibukakan Jalan yang betul sebelum saya melakukan lebih banyak kesilapan dalam perniagaan saya.

Izinkan saya memulakan cerita saya..

11012612_10206219265554979_3142036076322969504_n
Nama saya Nur Nahdiah Ahmad Kurtubi. Umur 30 tahun. CEO Puji Anggun mengeluarkan pakaian muslimah dari saiz S hingga Plus size.

Saya bukan dari keluarga senang..adik beradik ramai, 7 orang..ayah meninggal masa saya darjah 3, abang yang sulong masa tu baru tingkatan 1 dan yang bongsu setahun lebih.. Mak la yang menyara kami 7 beradik dengan wang pencen masa tu RM200 je dan hasil niaga kecil-kecilan. Alhamdulillah jerit payah mak semua anak2 habis sekolah. Puji Anggun pun sempena nama mak ‘Pujiah’. Semoga ada keberkatan rezekinya mengutamakan seorang ibu yang banyak berkorban.

Saya lulusan UiTM bidang Perakaunan. Jawatan terakhir saya sebagai Pengurus Kewangan di sebuah syarikat Swasta. Gaji boleh tahan la memang zon ‘SELESA’ sangat. Tinggi gaji banyak la kerja nye. Balik malam, weekend pn kadang datang pejabat. Kerja tak abis2 makin banyak plak report nak bagi sana sini. STRESS. Tak tahan la dengan kerja pastu balik nak uruskan anak-anak..masa ngan keluarga xde.. Lepas bersalin anak ke dua bulan 9 2014 saya berhenti kerja.

Konon ngan ‘Member’ nak wat business.’Member’ ke mane, modal lesap. Sedih sangat.

Pastu try la meniaga sendiri, malas la nak bergantung ngan orang lain. Saya start wat dropship je la sambil tu kerja part time buat akaun syarikat masuk Pejabat 2 hari seminggu. Bila buat dropship yang beli berapa sangat la sebab TAKDE ILMU takat post kt personal acc je. Kwn2 yg kenal je la beli. Sebulan kadang ade sales kadang habuk..

Bukak booth di Sana sini.. Penat pun penat..untung x seberapa..

Cube pulak masuk vendor boutique..yang x biasa vendor boutique ni butik yang dah sedia ada akan offer 1 ruang dalam butik untuk peniaga letakkan produk dan caj sewa..sewa RM350 dapat Sales suam2 kuku je sebulan RM500 kan rugi tu..asik la main biola (menangisi nasib).

Ya Allah penatnya.. Macam mana nak wat sales ni? Macam mana business aku ni? Macam mana orang lain wat? Macam mana nak berjaya? Macam mana? Macam mana? Macam mana?
Rasa mcm dh feed up, nk cari kerja tetap balik. Tp tekad kuat nk business gak.

Tak boleh jadi, kene wat sesuatu. Ikot kakak dengan adik masuk kelas MMM Dr. Azizan Osman bulan 3 2015. Doc pesan nk berjaya dalam business kene ade MENTOR.

Saya cari siapa la yang nak jadi MENTOR saya ni..

SAKA Tn Najib Assadok yang selalu muncul kt FB n email dari Tn Najib yang masuk tak henti-henti la yang membuatkan saya join seminar roketemel.

Nak try la mamat ni. HEBAT ke tak. Register seminar pergi ngan husband.

11951997_10206644518346033_8908713012540612360_n

Huishhh lain macam seminar die ni. Santai, senang faham..rasa seronok macam saya pergi MMM. Bile Tn Najib offer kelas Intensif coaching 6 bulan tu saya terus minta izin husband nak pergi. Saya nak MENTOR yang boleh ajar saya. Alhamdulillah Husband saya sangat positive, sentiasa support apa yang saya nak buat. Register kelas Intensif pun pinjam duit die..

12079148_1063929756990909_3406437616254683272_n

Sini la detik huru hara nya hidup saya..start coaching bulan 4 2015, 1st month balik dari kelas Tn Najib Page Like Puji Anggun dari 700 (ni pun dok invite kwn kita n kwn adk beradik suh like page kita) dah jd 4000 lebih n paling tak sangka Sales RM15k bulan tu. Allah, rase syukur tak terkata.

11049444_1017009031682982_1264816262309880591_n

Bila dah stabil baru start buat design sendiri sebelum ni ambil baju yang dah siap je, design sendiri baru ada Plus Size. Tak sangka dalam masa 2 minggu dah habis licin. Ni semua ILMU marketing.

Banyak sangat ilmu yang diberi dalam kelas. Apa yang kita tak reti pun di ajar satu persatu. Diperbetulkan copywriting kita. Segala ilmu pemasaran di ajar. Buat Web pun di ajar.

12038514_10206753030738775_4341293959955902925_n

Ye la sebelum ni x pernah wat sale. Dok mengadap PC wat akaun tetibe nak kena wat sale tu yang asik main biola je.

Alhamdulillah sekarang follower Puji Anggun dah mencecah 30k orang. Sales raya aritu RM24k dan masih consistent 5 angka.

Screen Shot 2016-03-10 at 2.23.35 PM

Saya pun dah tak masuk Pejabat untuk kerja part time akaun tu, saya hanya buat untuk setahun terus. Ni pun x sampai hati nak tolak bila orang minta tolong.

Disebabkan permintaan terlampau huru hara sampai rumah pun huru hara stock dari 1 bilik melimpah ke ruang tamu saya terpaksa sewa kedai untuk letak stock. Kedai kecik je, sewa pun Murah je RM250. Bukan riban2.

Untuk lebih sistematik n x pening kepala tengok rumah haru biru..heeee.. Senang gak sebab ada customer yang suka nak fitting baju dulu sebelum beli.

Power kan SAKA Tn Najib!

IMG_2344

Saya sangat bersyukur Allah buka jalan nekad untuk buat business. Saya jumpa ramai orang2 hebat n postif. Banyak masa bersama anak-anak dan keluarga.

Memang seronok buat business sendiri tapi yang penting kene ade ILMU dan MENTOR. Dengan Ilmu dan mentor senang la, baru saya rasa mudah tidak la kita yang asik nak langgar dinding (buat kesilapan).

Percaya lah dengan Mentor sebab die lagi dah banyak cabaran yang die lalui. Dia pun xnak anak didiknye buat kesilapan yang sama.

Dan Yakin Allah akan permudahkan segala urusan.

‘Melabur untuk ILMU sebelum MELEBUR dalam perniagaan’

Nur Nahdiah Ahmad Kurtubi
CEO Puji Anggun
www.pujianggun.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !