fbpx
blog najib asaddok

Hantu punya Najib ! Huru Hara Makcik Tau !

Assalamualaikum wbt,

Makcik  ni, menaip sambil ketap bibir.  Menggeletar satu badan. Entah apa perasaan semua ada. Geram pulak fikirkan si Najib tu, penat-penat je makcik pergi kelas Roket Emel 22 November lepas..dah lah makcik bayar tiket VIP! Mahal, cekik darah, mineral water pun tak dapat, nasib baik dapat keropok tu…Memang dasar Najib!

IMG_2827
Makcik ni dah tua, tak reti facebok-facebook ads ni, tapi tu lah..orang meniaga makcik pun nak meniaga, jadi ni lah jadinya!

Makcik balik dari kursus Roket-roket tu.. makcik hentam-hentam je lah buat Fan Page The Ghost Writer.  Makcik pun tak tau nak target kat sapa.  Penulis hantu! Apa benda tu, tukang tulis cerita seram ke?  Tapi takpa, dah kepakaran makcik menulis, makcik cuba lah tawarkan perkhidmatan penulis hantu kat orang ramai yang nak menulis ebook/email bersiri/buku dan blog tapi tak pandai atau tak ada masa .

Makcik pun guna lah teknik yang di ajar oleh Si Najib, ikut ilmu muka surat 22 dan ke atas buku nota hitam yang dia bagi masa kursus tu..

Tau tak hasilnya apa!  Makcik dapat 100 lebih likes sahaja!!  Geram tak?  Aku spent RM30 untuk FBAds dapat likes 100 lebih je…
Tambah geram lagi dari 100 lebih likes tu…ada pulak dapat 4 job!.  2 job tulis buku yang bernilai RM10k dan 2 lagi job tulis posting blog yang bernilai RM1k.

Susah makcik tau tak sekarang ni…nak kena meet deadline…ni semua ilmu najib punya pasal..makcik ni pun dah boleh buat FB Ads..tak pasal-pasal dah sibuk sekarang ni…adui…

Makcik pesan, korang tak payah la pergi kursus Roket-roket emel tu..buat penat je.  Nanti korang sibuk pulak, dapat bisnes banyak..tak ada masa nak tengok Running Man dan tak boleh nak tengok cerita Tuan Mikael Anas la semua tu..nanti korang ada banyak busines , ada banyak duit masuk..susah!

ghost-writer

Hantu punya Najib! Dia tu dah buatkan bisnes penulis hantu makcik jadi berhantu!

Puan Nani
-The Ghost Writer-

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !