fbpx
blog najib asaddok

Cairkan Hati Pelanggan Dengan ______ Sampai Dia Merayu Rayu

Salam

Dalam marketing kita fahamkan betul2 apa yang manusia suka, apa yang dia tak suka. Jadi saya nak share LAW ni yang anda kena tanam betul2 dalam minda anda bila nak melakukan proses marketing.

peopledontliketobesoldat

#LAW 1

MANUSIA TAK SUKA ORANG DATANG & MENJUAL !

( People Don’t Like To Be SOLD At)

Kesilapan ramai usahawan yang buat pemasaran online ialah terlalu MENJUAL! Ayat yang digunakan semata-mata nak melariskan produk, nak orang beli produk dan semuanya adalah HARDSELL.

Jadi bakal pelanggan ni tak selesa!

Kita pun kalau jalan2 di shopping complex nampak ada orang yang dipanggil promoter atau salesman/saleswoman kita akan cepat2 elak dari lalu depan diorang. Betul ke betul?

Penjual rumah ke rumah datang bagi salam untuk promosi barang pun kita tak selesa.

Jadi kalau tak promote apa yang kita nak buat?

Ya ! Itu soalan yang paling bernas saya nak jawab sekarang.

sharing

#LAW 2

Marketing is not about PROMOTING/SELLING! Marketing is SHARING !

Cuba fikir semula, apa sebenarnya manusia nak bila melayari internet? Adakah anda rasa dia memang nak cari iklan atau ayat promosi?

Tidak! Diorang mencari info atau maklumat!

Jadi anda sepatutnya kena banyakkan berkongsi dulu dengan bakal pelanggan anda. Kenapa? Sebab ia akan membina RELATIONSHIP dan rasa dihargai. Ini adalah syarat pertama untuk mendapatkan KEPERCAYAAN pelanggan anda. Setuju?

Saya nak GUIDE anda apa perkara yang anda sepatutnya kongsikan kepada bakal pelanggan sebelum nak menjual. Sebab teknik ni lah yang akan buatkan hati pelanggan jatuh cinta kepada anda.

Saya nak ambil contoh beberapa industri dan apa yang sepatutnya anda kongsikan kepada diorang.

Industri Fesyen

======

Kebiasaanya pelanggan untuk industri ni adalah Wanita. Katalah anda jual tudung. Anda boleh kongsikan perkara seperti ni

  • Macam mana nak pilih tudung yang sesuai dengan majlis yang mereka nak hadiri
  • Cara menjaga tudung supaya ia boleh digunakan jangka masa yang panjang
  • Teknik menggayakan tudung dengan beberapa langkah mudah
  • Tips menjaga rambut bagi wanita bertudung
  • Warna  tudung yang meruntun hati suami & buatkan mata suami tak berkerlip memandang anda

Industri Travel

========

Kongsikan  pengalaman yang menyeronokkan bila mereka travel ke sesuatu tempat. Apa yang bakal buatkan mereka akan merakam momen indah dan menarik bersama orang tersayang

  • 3 sebab kenapa anda patut melawat Seoul Korea
  • Tempat percutian yang akan buat anak2 tersenyum berminggu2 lamanya & sentiasa akan hargai anda
  • Lokasi bulan madu yang akan memekarkan cinta anda & pasangan
  • Lokasi bajet tapi PREMIUM
  • Checklist penting dokumen wajib anda sediakan sebelum TRAVEL.

Industri Kesihatan

========

Inilah lagi sangat penting untuk banyakkan sharing & content disebabkan anda perlu beri mereka kesedaran dulu.

  • Tips pastikan jantung anda terus berdenyut kencang supaya ia tidak berhenti secara tiba-tiba dan buatkan air mata orang tersayang menitis tanpa henti
  • 5 jenis makanan diet yang akan bantu anda kehilangan lemak!
  • Darah pekat akan ‘membantu’ jantung berhenti berfungsi. Bahaya!
  • Solusi untuk ibu & ayah kembali solat berdiri & lebih khusyuk

Senang macam ni lah, anda boleh cari banyak lagi point penting apa content yang boleh memberi manfaat serta perkongsian kepada pelanggan anda. Gunakan google atau pinterest.com untuk mendapatkan lebih banyak content!

teaching

#LAW 3

Marketing Is Teaching

Ya! Pemasaran sebenarnya adalah mengajar.

Anda mengajar orang untuk berfesyen dengan penuh gaya dan keyakinan.  ( Fesyen )

Anda mengajar orang untuk orang kewangan dengan lebih tersusun supaya mereka dapat lindungi orang tersayang dan mati tanpa sebarang hutang ( Takaful/Unit Trust)

Anda mengajar orang untuk terus hidup sihat dan bahagia bersama insan yang mereka cintai serta sayangi ( Kesihatan )

Anda mengajar orang untuk menghargai masa yang anda melihat keindahan alam & merakamkan saat itu untuk diingati sampai bila-bila ( Travel )

Anda mengajar orang untuk melawat kekasih Allah dan membina connection yang kuat dengan Yang Maha Esa dengan melawat rumah Nya di Tanah Suci ( Umrah )

Jadi anda sebenarnya sedang memberikan nilai yang lebih & berharga dalam menyampaikan mesej kepada pelanggan. Jika anda lihat kebanyakan usahawan berjaya mereka bukan promoter tetapi mereka adalah orang yang sangat hebat dalam berkongsi atau mengajar pelanggan mereka. Setuju?

Fuhh…banyak dah saya share ni! Penat jari jemari menaip dan ketika ni sebenarnya saya menaip di atas pesawat Airbus A320 Kota Kinabalu menuju Johor Bahru. Sampai sini dulu ya!

Jika anda rasa artikel ni sangat membantu anda dan rakan-rakan anda, kongsikan di fb, whatsapp, atau telegram anda ya. Klik jer button yang ada pada blog ni untuk memberi manfaat dan mengajar orang lain supaya lebih kaya berjaya dunia akhirat!

Sekian!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !