fbpx
blog najib asaddok

Bisnes Kecil Yg Buat Gergasi Besar Gigil Lutut.. Apahal Tu?

Pernah dengar Dollar Shave Club? Dollar Shave Club (DSC)adalah company yang jual pisau cukur. Biasanya kalau anda pilih pisau cukur, brand apa yang anda selalu guna? “Semestinya Untuk Lelaki..” Kan..
.
Dollar Shave Club (DSC) @ dollarshaveclub.com bermula pada tahun 2012. Syarikat DSC fokus pada penjualan pisau cukur jenama DSC yang bermula hanya dengan $1 sahaja. Jenama pisau cukur DSC ni sangat hebat, sangat kuat hingga pecahkan kuasa brand yg utama, Gillete (Syarikat P&G).
.
.
Apa yg DSC buat sampai Jenama Gillete tergugat??
.
.
DSC naikkan brandnya dengan senang. DSC tumpu pada konsep ‘Brand Story’. DSC highlightkan masalah masalah utama kebanyakan lelaki hadapi setiap kali hendak mendapatkan pisau cukur. Antara masalah selalu lelaki hadapi:

✘ Perlu drive ke supermarket
✘ Buang masa cari parking
✘ Kena jalan kaki dalam supermarket besar untuk ke bahagian lelaki
✘ Kena pilih dan buat keputusan untuk pilih pisau pencukur mana yg sesuai
✘ Terlalu banyak jenis pencukur, semuanya konon hightech, ada R&D bagai tapi asasnya cuma nak cukur
✘ Kos terlalu mahal untuk belanja benda kecil
.
.
Apa yang DSC buat adalah DSC selesaikan masalah kebanyakkan lelaki dgn cara paling praktikal dan sesuai dgn audience lelaki iaitu:

 Kos tak mahal, hanya $1 sahaja, Jimat berbanding beli pisau cukur yg functionnya pelbagai dan merepek.
 Tak perlu ke kedai, hanya subscribe, DSC akan hantar ke rumah pisau cukur dgn harga $1 / sebulan (pakejkan setahun) dan dapat pisau cukur baru setiap bulan
 Mudah digunakan sehingga anak kecil bawah 3 tahun boleh cukurkan rambut.
.
.
DSC menggunakan INTERGRATED MARKETING dengan menggabungkan beberapa jenis marketing. Setiap pelanggan yg beli, mereka simpan database yang diperoleh dari subscriber. DSC sangat optimumkan medium Fesbuk dan sangat aggresif dalam iklan mereka. Walaupun DSC tawarkan produk $1/bulan, purata pelanggan mereka beli adalah $7/bulan melalui upsell dalam database mereka.
.
.
DSC sangat jelas dengan SALES FUNNEL mereka. DSC tawarkan produk paling murah hingga ke produk premium pd database terkumpul. Selepas DSC lancarkan kempen $1/bulan (tahun 2012), stock DSC dalam gudang licin dalam tempoh 6 jam pertama, bisnes sangat huru hara.
.
.
Pencapaian jualan DSC sangat dashyat. Berikut adalah pencapaian DSC:

1. Tahun 2012, $4 million
2. Tahun 2013, $19 million
3. Tahun 2014, $65 million
4. Tahun 2015, $150 million
5. Tahun 2016, DSC sasarkan jualan tahunan sebanyak $200 juta.
.
.
Pada tahun 2015, jumlah database terkumpul adalah sebanyak 3.2 JUTA DATABASE. Ketika ini Gillete telahpun goyah dalam pasaran. Ramai pelanggan bertukar jenama akibat terlalu bosan dengan pasaran sedia ada. DSC hanya menawarkan pilihan baru.
.
.
Pencapaian terbaik pada tahun 2016, DSC mensasarkan jualan tahunan mereka sebanyak $200 juta. Yang hebatnya, tak sempat tiba hujung tahun, Unilever beli DSC pada harga $1 billion USD.
.
.
AMACAM?? Baru letak target sales $200 juta tapi dah ada orang sanggup beli pada 5x ganda target sales DSC.
.
.
Sekiranya anda lihat balik pencapaian DSC, ada 5 KUNCI KEJAYAAN DSC yang WAJIB usahawan ambil iktibar dan segera buat pelan tindakan.

1. TARGET AUDIENCE yang jelas dan spesifik.
2. Simpanan dan pengurusan DATABASE yang cekap
3. SALES FUNNEL yang tersusun hingga boleh jual produk dari murah ke produk paling premium
4. USP yang berkesan hingga pecahkan pasaran Gillete
5. Aggresif dalam ONLINE INTERGRATED MARKETING
.
.
Apa yang anda belajar dari sharing saya kali ini?
.
.
Apa yang anda perlu buat adalah cepat-cepat ROKETKAN BISNES ANDA. Jadikan bisnes anda benar-benar bernilai dan anda terpaksa menjadi jutawan.
.
Setuju?

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !