fbpx
blog najib asaddok

Aye KoKok Kat Facebook & Sales Beliau Terugh Meroket Kat Kota Bharu

Apa?? Bisnes AYAM pun boleh buat kat Facebook !

Ya! Apa sahaja bisnes pun boleh guna ONLINE sebagai cara nak dapatkan RAMAI PELANGGAN. Cuba tengok cerita brader dari KELATE ni macam mana sales dia MEROKET

Sales Sebelum kelas

Feb 2017 : RM12,500

Mac 2017 : RM7,450

April : RM12,000

Ini jadi pada SALES lepas dia datang ke Kelas Sifu Najib Asaddok

Mei :RM 56,700

Jun : RM96,450

Jom baca STORY beliau untuk pastikan KEJAYAAN dia akan menjangkiti anda

=============

Nama saya Suheilfazri Suhaimi atau lebih mesra dengan nama Hery. Mula bisnes ni dengan 20 ekor ayam kampung organik di belakang rumah pada tahun 2015 untuk suka-suka je. Lepas tu saya nampak ayam organik ni  ada sambutan jadi bermulalah sebuah idea dan impian untuk mengembangkan bisnes ayam kampung di samping dapat membantu golongan surirumah untuk mendapatkan ayam kampung tanpa perlu keluar dari rumah. Saya buat servis penghantaran percuma sekitar Kota Bharu Kelate.

 

Setelah mula mendapat tempat di hati pelanggan sekitar Jun 2016, jualan sebulan masa tu dalam RM2000-RM4500 jer. Buat part time. Cara buat marketing pun old school, cara kuno. Pergi dari kedai ke kedai. Jadi ala-ala Superman la masa tu. Penternak+Pemproses+Pengedar semua nk kena buat. Fuhhh…!!

Bila dah rasa penat,  saya pun mula bertindak amik staff. Masa tu berbekalkan 300 ekor ayam yg seekor dalam lingkungan RM10-RM12 je saya bermula. Dengan kapasiti yg ada memang tak sanggup nak bayar gaji. Mulalah rasa give up. Alhamdulillah la Allah bg ujian sekali dengan jalan penyelesaian.

Masa tgh hantar ayam ke rumah customer ternampak ada kedai proses ayam yg di penuhi pelanggan. Apa yg saya nampak pada masa tu, kenapa ayam dia laku ayam saya cukup-cukup  makan je?? Otak mula berfikir dan fikir nak cari penyelesaian kenapa pelanggan tak ramai.

Alhamdulillah saya mula dapat idea untuk kolabrasi. Jumpa penternak lain yang sebelum ini adalah pesaing saya. Kami pun berbincang untuk adakan kerjasama. Awak ternak saya jual. Jadi saya tak perlu la ternak ayam yg banyak tapi pasaran saya tetap jaga. Mula-mula 1 supplier ayam kampung.. Lama-lama dah jadi banyak.

 

Pasaran dah semakin besar daripada 4500 sebulan boleh la capai RM10k – 13k sebulan secara konsisten. Pada bulan Mac 2017 saya join kelas Sifu Najib Asaddok dan nampak rupanya ada teknik pemasaran yang lebih meroket yg ramai orang tak nampak. Betul kata Sifu Najib orang lebih ramai di Facebook berbanding di pasaraya. Di Kelantan sahaja ada 280,000 pengguna facebook yang berumur antara 25-50 tahun, pelanggan yang tepat ni.

Jadi, saya terus ambil tindakan mula langkah pertama iaitu bagi orang NAMPAK dulu. Bila orang dah nampak dia akan tanya bila dia dah tanya insyallah dia akan beli. Yang penting USP kena power.

Sekarang ayam yang saya ternak sendiri dalam 500 ekor. Pada mulanya saya ternak 100% ayam kampung. Cuma ayam kampung tidak begitu mendapat sambutan jika di bandingkan ayam daging yang dijual di pasar-pasara. Cuma ayam yg dijual di pasar adalah ayam yang di suntik.

Dengan pengalaman dan ilmu dalam penternakan saya cuba utk ternak ayam daging tanpa suntikan. Alhamdulillah saya berjaya menternak 500-1000 ayam daging secara konsisten setiap bulan. Seperti mana ayam kampung sy juga berkolabrasi dengan penternak lain utk menampung permintaan yg semakin meningkat.

 

Pasaran saya masih lagi di negeri Kelantan. Paling jauh penghantaran yang buat adalah di Jeli. Tapi, penghantaran di buat pada hari tertentu je. Kami ada kenderaan seperti motosikal, kereta dan pick up truck untuk kegunaan penghantaran ayam ke kawasan liputan. 70% pelanggan adalah pelanggan yang mempunyai masalah untuk mendapatkan ayam di kedai atau pasar. Jadi, kami menghantar setiap pesanan terus ke rumah. 30% lagi ada pelanggan yg walk in terus ke ladang kami.

 

Ayam yang kami pasarkan tidak begitu sesuai untuk di pasarkan pada kedai makan atau majlis perkahwinan kerana kos penternakan adalah lebih tinggi berbanding ayam yang berada di pasaran. Jd utk mengurangkan kos operasi kedai makan ayam kami tidak begitu sesuai. Namun, ada juga kedai makan yang mendapatkan ayam kami cuma bilangannya sgt sedikit.

 

Kami juga mempunyai dropship agent yang mana pendapatan mereka memcecah RM1000 sebulan. Agent kami hanya perlu memasukkan order dan kami akan membuat penghantaran kepada pelanggan mereka.

 

 

Pesanan yang memahat di otak saya investment bukan sahaja pada barang jualan.. Ilmu pun satu investment jugak. Jangan rasa bayar yuran belajar  tu rugi.. Duit boleh cari, ilmu bukan senang orang nak kongsikan. Dapat pulak ilmu dari orang yang dah berjaya. Setiap kejayaan pasti ada kegagalan. Itu memang pakej. Cuma bila dapat ilmu dari org yang dah berjaya, kegagalan yang telah dia lakukan kita dah boleh elak dan tidak terus melebur menyebabkan Bisnes jadi terkubur. Saya sangat galakkan anda belajar secara berdepan dengan Sifu Najib Asaddok kalau nak roketkan bisnes anda!

 

 

Anda ada bisnes dan nak dapatkan RAMAI PELANGGAN? Dah online kan bisnes? Tak tahu?

Apakata daftar dan belajar direct dari saya di

—> www.roketbisnes.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !