fbpx
blog najib asaddok

Apa Ke Hal Nak Belajar Dengan Dr Azizan Osman

Salam sahabat2 pembaca blog saya.

Lama plak tak update blog saya ni..Tiada tujuan lain blog ni diadakan selain memberi manfaat pada sahabat2 semua. Saya ni seorang yang susah nak percaya seseorang dengan cepat. Mungkin ambil masa, maklumlah ada pengalaman ditipu partner bisnes satu ketika dulu.

Sekarang ni semua orang bercerita tentang seminar seorang ‘mamat’ ni. Mana-mana seminar yang dia buat mesti ribu-ribu orang yang datang. Bukan saya tak pernah pergi seminar dia sebelum ni tapi lama sangat tak recharge berkarat dan berkeladak juga kolam jiwa ni.

Hujung tahun lepas saya berjumpa dengan sifu saya yang baru pulang dari ‘kursus’ beliau, dari seorang perokok boleh berhenti tiba-tiba. Uishhh dalam hati saya kata power ilmu yang dia dapat ni. Bukan senang nak berhenti merokok… bercinta dibuatnya..

Akhirnya saya buat keputusan untuk pergi dan bawa team serta sahabat2 rapat saya untuk ke ‘kursus’ Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan FEB 2015. Dalam hati dah set kalau dia offer/upsell apa-apa aku takkan masuk punya. Punya lah ego dalam diri masa tu.

imkk feb
intensif magnet kejayaan dan kekayaan imkk feb 2015

Hari pertama masuk tu macam tak ok lagi cuma saya fikir serah pada Allah jer mudah mudahan dapat ILMU yang bermanfaat dalam IMKK kali kedua saya join ni. Yang pertama pada April 2012. Itupun dah 80% matlamat saya berjaya capai masa tulis di IMKK 2012 dengan izin Allah SWT.

Masuk sesi malam semasa IMKK saya dah dapat rasa ilmu yang dikongsikan bukan sebarangan ilmu. Saya sendiri lihat ramai yang berjaya disebabkan hubungan mereka dengan Allah sangat baik.

Antara point penting yang saya dapat

  • Buat bisnes bukan sebab kejar kekayaan semata-mata tapi NIAT kita untuk bantu orang lain, insyaAllah kaya tu akan kejar kita
  • Hubungan dengan Allah kena jaga sebaik-baiknya, Allah suka hambaNya meminta.
  • Rezeki yang kadang-kadang kita tak mintak pun Allah bagi inikan pulak kalau kita minta sungguh-sungguh.
  • Nak jaga hubungan bangun awal pagi selewat-lewatnya jam 5pagi. Mandi dan buat solat sunat tahajjud, taubat, hajat & sunat fajar. InsyaAllah amalan ni mendampingkan diri kita kepada Allah.
  • Rezeki akan datang pada tuan nya yang bersih jiwa.
  • Apa pun kita buat restu ibu bapa, mertua sangat2 diperlukan.
  • Bagaimana nak jaga hubungan kita dengan isteri & anak-anak. Lepas balik alhamdulillah perhubungan jadi macam baru kahwin..Jangan percaya, belajar dulu 🙂

Paling saya suka adalah staff dan sahabat saya yang bertahun-tahun merokok nekad berhenti dan tak sentuh lagi rokok sehingga hari ini disebabkan dia dah faham betapa rokok tu akan mengotorkan kolam jiwa.

Sesi rehat IMKK bersama sahabat2 berjaya dunia akhirat
Sesi rehat IMKK bersama sahabat2 berjaya dunia akhirat

Point penting saya nak share, biasanya speaker atau penceramah akan bercakap dari teori semata-mata & ramai yang hanya buat seminar untuk wang semata-mata. Mula-mula itu persepsi saya pada Dr Azizan Osman.

Tapi dari cara beliau berkongsi ilmu hati saya dapat rasa keikhlasan beliau membantu anak murid beliau. Persepsi negatif saya berubah terutamanya bila masuk hari ketiga. Wang bukan matlamat utama beliau mengadakan seminar seperti ini tapi saya dapat rasa betapa beliau mahu anak didik beliau berjaya dan seimbang dunia akhirat.

Saya pun terfikir kalau orang-orang berjaya pun ada Coach ada mentor inikan diri saya yang belum mencapai tahap kejayaan yang membanggakan walaupun saya bersyukur apa yang Allah beri. Tapi saya yakin saya boleh buat lebih dari itu.

Akhirnya dengan keegoan yang saya buang saya tekad untuk terus menuntut ilmu bersama beliau dan jadikan beliau sebagai orang yang akan coaching saya. Saya terus daftar program Platinum & saya rasa ini pelaburan paling tinggi pernah saya keluarkan RM15997.

Tapi saya yakin janji Allah jika kita melabur untuk ILMU pasti banyak lagi rezeki akan diberikan pada kita. Yang penting mentor yang kita pilih tu adalah mentor yang sememangnya walk the talk. Saya lihat Dr Azizan Osman berjaya dalam pelbagai jenis bidang perniagaan & sememangnya beliau seorang yang genius dalam marketing.

Bukan tu jer circle yang diwujudkan adalah circle manusia yang matlamatnya adalah keredhaan Allah SWT. Saya yakin setiap manusia tu adalah khalifah yang kena mengajak manusia ke jalan Allah. Dan semua tu saya pelajari dalam IMKK ni..

Banyak lagi point tak sempat nak share semua.

2 minggu lepas tu saya ke Train The Trainer (TTT) pulak khas untuk belajar menjadi seorang trainer world class. Perasaan nak pergi tu rasa macam takut jer kena buli oleh barisan trainer. Hehehe..tapi jangkaan saya meleset sebab disiplin diri saya meningkat 300% selepas balik TTT.

10988915_10205009481509784_5742259375454474993_n
Train The Trainer Finale 2015

Alhamdulillah saya berjaya habiskan TTT ni..nak citer panjang lebar woo..next time saya share apa pelajaran yang paling best kat sana.

Cuma masa di TTT sekali lagi saya buat keputusan untuk join program terbaru yang baru dilancarkan oleh DAO iaitu Titanium Partners. Ya kos memang tinggi iaitu RM65k tapi saya yakin untuk berjaya kena duduk dalam logistik orang berjaya.

Di sini peluang untuk saya berguru secara terus dengan mentor saya Dr Azizan Osman.

Bersama Sifu saya Jamal, Sifu FBAds
Bersama Sifu saya Jamal, Sifu FBAds

Terima kasih juga sifu Jamal yang sudi beri suggestion untuk saya join duduk dalam satu inner circle orang-orang berjaya dan kos ni untuk short cut kita dapatkan kejayaan.

Dan paling best dalam hidup saya dapat berguru dengan seorang mentor yang terbukti kejayaan beliau dan 3 Mac 2015 saya dijemput untuk sesi Titanium Partners bersama DAO di Intercontinental Hotel KL.

1908407_10205066356491623_3268527478228776929_n

11025736_10205066346171365_5299515509968120763_n
sesi titanium partners dr azizan osman
11026294_10205064898095164_6569143302141139471_n
sesi titanium partners dr azizan osman

InsyaAllah ada masa free saya akan share banyak lagi..

Sebagai penutup saya cuma nak share kita follow seorang mentor bukan kerana taksub tetapi kerana ketinggian ilmu yang mereka miliki. Memang banyak kisah buruk yang dilemparkan pada beliau tapi RUGI jika anda percaya tanpa hadir dan alami sendiri apa yang beliau kongsikan.

Harap post ni memberi manfaat pada anda ya!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !