fbpx
blog najib asaddok

9 Kesilapan Yang Biasa Usahawan Buat Dalam Content Marketing

 

Ramai usahawan sekarang ni mula untuk fokus nak buat Content Marketing. Kecoh satu dunia sebab Content Marketing merupakan fokus utama menjelang 2018.

Pergilah ke US, ke Australia, ke Eropah atau mana-mana ceruk, satu jer kesimpulan, Content Marketing adalah fokus utama dalam digital marketing.

Maka ramailah berduyun-duyun menulis, buat content, sharing dan macam-macam lagi. Bila dah selalu share, selalu hasilkan content, ada satu cabaran untuk owner bisnes dalam Content Marketing.

Owner bisnes tak perasan bila dia hasilkan content, ada beberapa kesilapan yang dia terlepas pandang atau dia tak tahu.

So, apa benda yang silapnya walaupun dah hasilkan content?

Kat sini yang korang kena faham dan jelas. Meh klik pada setiap gambar dan baca huraian 9 KESILAPAN YANG BIASA USAHAWAN BUAT DALAM CONTENT MARKETING

 

 

 

Ni paling ramai orang salah faham bila nak hasilkan content. Dia tak faham erti sebenar Content Marketing.

Ramai orang sangka dia hasilkan content tapi apa yang dia tulis hanyalah menjual, menjual dan macam biasa menjual.

Content Marketing ni is about sharing. Content Marketing bertujuan untuk berkongsi. Bukan promote suruh beli. Tu yang silap paling besar.

Jadi kat sini nak ceritanya, korang kena banyak BERKONGSI atau SHARING.. 

STOP SELLING.. START SHARING!!

 

 

Ramai owner bisnes fail to plan Content Marketing dia. Dia gagal rancang apa yang sepatutnya dia share dalam Content Marketingnya.

Kenapa dia gagal plan? Sebab paling besar dia tak tahu, belajar tak habis atau main follow tanpa tahu lengkap ilmu Content Marketing secara keseluruhan.

So apa strategi nak susun Content Marketing? Dalam Kelas Advance Roket Bisnes memang semua peserta akan didedahkan apa yang anda patut buat, apa yang anda tak patut buat dalam Content Marketing.

 

 

Ni memang biasa, ramai owner bisnes mati akal nak tulis apa dalam content.

Sebab bila takde perancangan, inilah ramai orang hadapi, dia tak tahu nak tulis apa lagi untuk sharing.

Idea datang bila ada planning. Kemudian ditambah dengan anda sendiri upgrade ilmu, upgrade latest teknologi atau news. Itu yang buatkan anda tahu apa yang nak share.

Senang cerita, anda kena betul-betul faham apa yang anda buat. Kalau anda faham benda ni, anda takkan ada masalah tentang apa idea nak tulis. 

Malah, idea tu akan datang pada anda berkali-kali..

 

 

Ni kesilapan yang ramai dah owner bisnes buat. Dia rasa dia boleh handle Content Marketing. Bila bisnes makin berkembang, dia dah tak sempat buat apa-apa content.

Anda kena ada seorang dalam team bisnes korang, jawatan Content Editor untuk handle Content Marketing korang.

Kenapa takde? Sebab korang susah nak percaya orang ek?

Lepas ni anda kena cepat-cepat cari Content Editor, dan bawak dia ke Kelas Advance Roket Bisnes untuk dia belajar tentang Content Marketing. 

Sampai bila nak buat semua benda sorang diri?

 

 

Ok, bila kita dah biasa sharing, dah biasa tulis content, biasanya apa tujuan content tu dihasilkan?

Contohnya bila korang tulis satu tajuk content, apa tujuan korang tulis? Untuk apa? Apa sebenarnya niat anda menulis ketika tu?

Memang kita menulis sebab nak share. Tapi korang kena tahu content tanpa arah ni caca merba.

Content caca merba susah nak beri impak yang besar pada audience korang. 

Kena faham tau apa korang nak dari content.

 

 

Ni antara kesilapan paling besar, paling teruk. Dia taknak upgrade ilmu untuk Content Marketing.

Content Marketing ni dah beratus tahun dah berevolusi. Sejak dulu sentiasa berkembang sampai sekarang ni lagi dashyat perkembangan dia.

So apa korang buat? Kalau korang tak upgrade ILMU, anda akan ketinggalan sebab orang lain pun buat Content Marketing.

Kalau anda tak upgrade sekarang, orang lain akan mendahului dan anda akan lihat content anda akan tenggelam dalam persaingan.

So apa yang anda rasa sekarang? Nak kedepan atau tenggelam?

Sebab itu Kelas Advance Roket Bisnes akan bantu usahawan giler-giler dalam Content Marketing. Teknik, Tips, Strategi semuanya akan dikongsikan dengan peserta.

Kelas Advance Roket Bisnes sangat power dan impactful pada bisnes anda.

 

 

Ni kelemahan paling utama bila nak hasilkan content. Kadang-kadang orang rasa content korang hasilkan ni banyak sangat fakta dah macam hasilkan jurnal untuk PhD.

Sebab tu kena tahu asas copywriting bila menulis content. Copywriting bukan setakat nak buat sales jer tau.

Dalam content pun sangat kritikal sebab kita nak share, kita mestilah buat orang tertarik. Kalau korang share tapi takde orang baca kan sia-sia tu..

Haa, nampak ke nampak ni? Copywriting.. Tu pun ada share dalam Kelas Advance..

 

 

Bila anda tulis content, korang main tulis jer ke?

Macamana nak kekalkan orang terus baca content korang tu kalau panjang atau pendek?

Emosi lah.. Kalau takde emosi, pembaca susah nak stay lama untuk baca sampai habis. 

Ni korang kena asah skill ni.

 

 

Silap paling besar, korang tulis content untuk lelaki, tapi yang bacanya perempuan. Korang main tulis jer tanpa kenal siapa audience korang.

Content ni pun berkait dengan produk korang. Siapa target korang untuk produk yang korang jual?

Itulah juga target audience untuk content anda. Content boleh cepat viral bila audience anda tepat. Takpe kalau tak viral pun tapi kalau lebih tepat dan fokus, jenama anda akan cepat naik..

Eh, korang tak payah percayalah semua benda ni.. Pergi upgrade ilmu Content Marketing dan start buat..

Percayalah, korang akan dapat hasil yang sangat berbaloi. Orang lebih ingat brand korang, ingat story korang dan value bisnes anda meroket-roket.. 

 

Sharing tentang kesilapan dalam Content Marketing adalah True story, tak tipu.. Bila anda dapat elak dari lakukan kesilapan ini, sebenarnya perlahan-lahan anda sedang naikkan jenama anda secara tak langsung.

Game Content Marketing bukan game yang jangka pendek. Ia perlukan masa dan anda kena bersabar untuk dapat hasil tuaian.

Tapi, bila anda menuai, bukan sikit-sikit anda dapat. InsyaAllah anda akan dapat hasil yang besar dan lagi best, ianya konsisten.

 

 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !