fbpx
blog najib asaddok

9 DISIPLIN USAHAWAN MUSLIM

Kita berniaga bukan sekadar nak lepaskan survival kehidupan kita je. Selalunya orang berbisnes sebab nak dapat benda yang orang kebanyakkan jarang dapat. Ada yang nak kehidupan luar biasa, ada yang nak bahagiakan keluarga masing-masing.

Namun, kita kena ingat, bisnes kita bukan sekadar kita dan keluarga tersayang je. Ada lagi yang lebih Tinggi yang kita kena ingat. Siapa? Allah SWT..

Setiap perbuatan kita mesti ada sandaran padaNya. Dialah Yang Memiliki Segala Langit dan Bumi termasuk diri kita. Begitu juga dengan bisnes. Sebab yang beri rezeki adalah Dia, Yang Maha Pemurah.

So, apa yang kita boleh buat sebagai seorang bisnesman, seorang USAHAWAN? Baca pada setiap point-point ni yer.

1. Bangun seawal 5 pagi

Bangun awal bukan suruh buat kerja, tapi untuk ‘Connect’ dengan Yang Maha Esa, Yang Maha Agung, Yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi Rezeki. Kita hidup ni kena ada pergantungan pada Allah, sebab dialah Pemilik Hakiki kita semua. Segala apa yang ada di atas langit dan dibawah bumi semuanya milikNya. Jadi apa la sangat bangun awal sikit kita minta dengan Dia supaya kita hidup dan mati dalam Iman, diberikan nikmat kesihatan, rezeki bisnes yang tak putus-putus, kebahagiaan keluarga dan kaum kerabat.

Dan paling penting, kita nak mohon ampun. Walaupun kita baik mana sekalipun, kita WAJIB mohon ampun sebab adakala kita tak tahu kat mana yang Allah murka pada kita. Sebab itu sentiasa mohon ampun. Mudah rezeki nak masuk, mudah doa dimakbulkan, dapat jauh dari azab kubur dan api neraka, insyaAllah.

2. Buat list kerja

Lepas waktu Subuh bukan masa sambung tido. Setiap pagi sebelum mulakan apa jua kerja-kerja anda, anda kena BUAT senarai ‘LIST TO DO’. Kita bukan robot dan juga bukan ada superpower. Kita ada keterbatasan dalam nak buat segala kerja. Sebab tu kena buat LIST TO DO supaya anda tahu apa keutamaan anda.

Ada kerja yang orang lain boleh buat, anda berikan pada staf atau team anda. Ada kerja boleh outsource ataupun kita upah consultant lain untuk buatkan. LIST TO DO ni lebih pada kalau kita tak buat, memang takde orang lain nak buat. Contoh, buat Marketing, ini kerja hakiki owner bisnes. Dia kena maintain marketing. Kalau bisnes anda superb, anda dah patut ada Marketing Manager dah.

Setiap orang ada LIST TO DO masing-masing. Tak sama, tak boleh tiru dan masing-masing ada keutamaan masing-masing. Jadi, pastikan ada LIST TO DO ya.. Jangan banyak sangat benda nak buat dalam sehari. Paling maksimum 4 hingga 5 pun dah cukup.

3. Huddle Meeting

Huddle meeting ni adalah meeting yang ringkas bersama dengan staf atau team anda. Ok, huddle meeting ni untuk apa? Huddle meeting adalah meeting yang ringkas untuk beri peluang untuk anda sebagai pemilik bisnes untuk berkomunikasi dengan team anda. Ia ada komunikasi 2-hala, bukan korang je cakap sorang-sorang, tapi korang kena banyak dengar dari team korang.

Setiap orang dalam meeting termasuk CEO wajib bercakap. Perkara yang perlu ada dalam huddle meeting ni ada 4, iaitu:

a. What I feel like saying atau apa yang saya rasa nak cakap
b. Goodnews atau berita baik / gembira yang dia alami
c. Win of the day, pencapaian atau menang dia untuk syarikat
d. Focus of the day ataupun fokus pada hari itu.

Jadi setiap orang wajib cakap 4 perkara ni tanpa CEO atau siapa-siapa pun menyampuk, bangkang, bantah atau tak setuju sekalipun.. Just dengar apa yang dia luahkan. Mungkin tak puas hati dengan team lain, mungkin ada perasaan terpendam dan boleh juga kongsi kegembiraan.

So huddle meeting bagus untuk jadikan team anda bersemangat.

4. Beri Manfaat

Setiap hari anda tak boleh berhenti berfikir bagaimana bisnes aku boleh beri manfaat pada orang. Setiap hari anda kene fikir berapa ramai lagi yang aku perlu bantu orang selesaikan masalah dia.

Persoalan ni sebenarnya sangat penting sebab dengan anda beri manfaat pada orang lain, bisnes anda sebenarnya sangat bernilai, ada value yang orang boleh hargai dan rasa. Sebab itu anda lihat syarikat atau jenama besar tidak berhenti beri manfaat sebab dia tahu pulangannya sangat luar biasa.

Ikhlaskan anda dan bisnes anda dalam beri nilai pada orang lain. WHAT YOU GIVE, YOU WILL GET BACK.

5. Delegate

Sebagai seorang Muslim, perkara yang paling baik adalah kita dapat bantu orang lain, dapat mudahkan urusan orang lain dan dapat berikan sesuatu pada orang lain. Dalam bisnes, perkara ni korang boleh buat bila korang ambil staf atau team baru ke dalam syarikat korang. Korang bukan sekadar beri gaji, tapi sebenarnya korang beri peluang pada team tu untuk sara keluarga dia, berikan makan, minum, pendidikan, pakaian dan rumah pada orang-orang sekeliling dia. Kadang-kadang kita tak tahu latar belakang orang yang kita bawa masuk dalam syarikat sebenarnya orang yang betul-betul susah.

Bila anda bawa masuk, sebenarnya anda buka ruang rezeki yang banyak ke dalam syarikat anda dengan asbab korang berikan peluang. Sebab itu korang kene DELEGATE kerja pada orang lain. Nak grow besar bisnes, kena bawa masuk ramai orang lagi. Kerja makin banyak dan korang memang WAJIB bawa masuk orang.

Bila dah bawa masuk team baru, kena ingat, jaga dia, jaga keperluan dia, berikan komisen, berikan bonus atau insentif. Perkara ajaib akan berlaku dalam bisnes anda. Jangan anggap team anda tu macai, kuli, boleh dihamun, maki sesuka hati.

Jadi, delegatekan kerja pada team anda, supaya anda ada sebab untuk bawa masuk lagi team baru untuk bawa lagi rezeki masuk ke dalam syarikat.

6. Contribution

Lihat orang kaya Muslim seperti pengasas Al-Ikhsan, Ali Hassan Mohd Hassan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim dan lain-lain, kekuatan mereka pada sumbangan mereka pada masyarakat secara khususnya. Mereka ini kaya bukan sebab bisnes sahaja, tapi kaya memberi contribution atau sumbangan kepada masyarakat.

Nak lagi best, tengok kisah sahabat Nabi Muhammad SAW seperti Usman bin Affan RA, Abdul Rahman Auf, Az-Zubair Ibn ‘Awwam, kesemua mereka adalah jutawan yang kaya dengan aset property, bisnes kencang dan usahawan terulung.. Mereka jugalah antara sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang dijamin masuk syurga.

Siapa kita kalau ada duit sikit tapi kedekut nak menyumbang. Allah menjanjikan balasan yang hebat untuk sesiapa pun yang menyumbang pada orang lain. Jangan takut geng, kalau Allah tak balas kat dunia, Akhirat nanti pasti Allah balas jasa dan pahala kita.

7. Ilmu & Mentor

Antara keberkatan hidup seorang Muslim adalah merek mencari Guru untuk menuntut Ilmu dan juga berguru untuk dapat keberkatan Guru sebab yang kita semua tahu, doa Guru antara doa yang Allah makbulkan, insyaAllah

Ilmu dunia, seperti bisnes, marketing atau sales tetap akan jadi ibadah, andaikata niat kita buat bisnes untuk bantu keluarga sendiri dan masyarakat. Bisnes untuk mudahkan kita bayar zakat, mudahkan kita memberi makan pada yang memerlukan, untuk kita bina ummah. Itulah ciri-ciri bisnes yang menjadikan Allah sebagai sandaran.

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kerana Allah Taala”

Sebab itu bila kita menuntut Ilmu berkaitan bisnes atau marketing sekalipun melalui Guru yang baik juga dikira ibadah dan mendapat keberkatan, insyaAllah. Bisnes kita pun WAJIB kerana Allah Taala.

8. Reward

Bisnes yang grow atau berkembang dengan baik pasti mempunyai sejumlah team yang sangat bagus dan efisien. Macamana nak bina team yang bagus?

Dalam Islam, kita diajar untuk berikan yang terbaik setimpal dengan apa yang dia usahakan. Sebagai majikan, korang kena berikan yang terbaik pada team korang. Macamana nak buat? Yang terbaik, korang berikan extra dari apa yang korang janjikan dalam surat tawaran kerja.

Contoh, bulan ni sales lebih dari target. Kalau camtu, berikan bonus lebih sikit supaya dapat kongsi rasa kesenangan dalam syarikat. Kalau ada gaji yang kurang tu berilah sikit lebihan intensif. Kalau performance bagus boleh dapat komisen.

Bentuk-bentuk reward atau hadiah sebegini akan jadikan team anda lebih setia bersama anda. Mereka akan dengar cakap, dan ini peranan korang sebagai owner bisnes nak bagi nasihat, tunjuk ajar atau dakwah, insyaAllah team akan lebih dengar.

9. Syukur

Yang terakhir tapi bukan paling akhir, kita semua kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki, dengan apa yang kita dapat dan dengan apa yang kita dah lalui sebelum ni.

Syukur adalah asas pada semua ibadah. Kita bersyukur sebab terlalu banyak rezeki yang Allah berikan pada kita. Kadang-kadang kita sendiri tak pernah nak ucap terima kasih pada Allah. Alangkah zalimnya kita sebab hari-hari minta sales naik tapi tak pernah rasa berterima kasih pada Yang Maha Pemberi Rezeki.

Nak lahir rasa syukur, mulakan dengan redha dengan apa yang telah berlaku. Sales teruk, sales takde, syarikat banyak hutang, bisnes tak meletup, semua tu berlaku sebab ada ‘signal’ dari Allah nak bagitahu kat korang cepat-cepatlah ‘connect’ dengan Dia. Minta kat Dia, doa dengan Dia, mohon dengan Dia dan sujud pada Dia. Kemudian mulakan dengan sempurnakan solat, maksudnya solat awal waktu untuk 5 waktu. Kemudian tambah dengan solat sunat tahajjud, dhuha, dan lain-lain.

Banyak sebenarnya cara kita nak bersyukur.. Syukur korang dalam bisnes macamana??

Akhir sekali,

Itulah 9 Disiplin yang WAJIB Usahawan Muslim ada dalam diri. Sebab itu adalah salah satu sebab untuk menarik rezeki masuk pada diri. Salah satu yang peling berkesan bila kita ada Ilmu & Mentor, itu lebih efektif kerana ada orang boleh lihat sejauh mana performance disiplin diri kita. Kita akan dapat teguran direct dan Ilmu untuk bagaimana untuk elak atau atasi masalah yang sedang berlaku.

Salah satu cara anda boleh dapatkan Ilmu & Mentor adalah seperti Seminar Roket Bisnes. Seminar sebegini mampu memastikan anda dan bisnes anda berada dalam on-track. Sangat bagus sebab anda dah ada kayu ukur pada diri dan bisnes. Lebih terjamin, sebab ada boleh terus dapatkan kepastian. Anda boleh ke www.roketbisnes.com untuk info atau maklumat lanjut.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !