fbpx
blog najib asaddok

6 Cara Follow-Up Customer Sedia Ada

Ramai orang bila berniaga, dia tak pandai nak pujuk pelanggan untuk beli lagi dengan dia. Biasa apa yang dia buat bila pelanggan dah beli pertama kali dia biarkan je pelanggan dia tanpa tanya khabar.

Dia suka cari pelanggan baru sedangkan pelanggan lama tu kita boleh pujuk dia untuk beli untuk kali kedua, ketiga dan kebiasaannya kita boleh pujuk dia untuk beli produk yang paling premium.

Kenapa begitu? Sebab pelanggan tu dia dah ada kepercayaan bila dia beli kali pertama, jadi tak mustahil untuk kita jadikan dia pelanggan yang beli berulang-ulang kali.

Nak tahu macamana cara untuk kita pujuk pelanggan sedia ada untuk beli dari kita? Cerr klik pada setiap gambar untuk penerangan lanjut.

 

1. TANYA KHABAR

Cara untuk anda engage dengan pelanggan yang pernah beli dari anda yang paling praktikal dan mudah adalah dengan bertanya khabar. Teknik tanya khabar ini bertujuan melanjutkan hubungan antara bisnes anda dengan pelanggan supaya anda tidak terputus dan senyap.

Kalau kita lihat suasana biasa kehidupan, semua orang suka bertanya khabar dan suka menerima soalan “apa khabar?” sebab ianya satu benda yang merapatkan, gembira, ambil berat dan ambil tahu. Manusia suka diambil berat, terasa ada orang ambil tahu perkembangan dia. Begitu juga dengan pelanggan anda.

 

2. FOLLOW-UP UPSELL

Cara seterusnya untuk follow up customer adalah melalui menawarkan produk premium atau produk lanjutan setelah pelanggan membeli untuk kali pertama. Kaedah ini paling normal untuk upsell produk premium anda pada pelanggan yang sedia ada. Lebih-lebih lagi lepas pelanggan anda dah dapat kesan positif pada produk pertama yang dia beli.

Kaedah begini berkesan sebab pelanggan dah ada trust dari awal semasa beli kali pertama. Jadi, mudah untuk anda gunakan peluang ini untuk upsell lagi supaya dia dapat lagi manfaat dari bisnes anda.

 

3. UPDATE INFO

Dari masa ke semasa, anda perlu share content yang baik pada pelanggan sedia ada. Share tips-tips penjagaan, info untuk selesaikan masalah berkaitan, tips penggunaan, dan macam-macam lagi content yang bertujuan beri ilmu atau knowledge pada pelanggan. Pointnya adalah pandaikan pelanggan anda.

Ini akan memudahkan pelanggan sedia ada ini bertukar kepada raving fans. Jadi kalau anda upsell sekalipun, mereka beli tanpa banyak soal.

 

4. SPECIAL TREATMENT

Kadang-kadang, cara nak bagi penghargaan pada customer yang selalu support bisnes anda adalah dengan ber layanan istimewa. Layanan extra atau istimewa yang membezakan satu kumpulan customer dari customer yang sedia ada.

Biasanya yang ada membership mudah untuk buat pengasingan. Contohnya, sebelum anda releasekan suatu produk pada umum, anda boleh promo pada pelanggan special dengan harga tawaran sebagai penghargaan sebelum anda launch secara rasmi. Ataupun anda berikan customer special ni untuk buat pre-order dengan harga jauh lebih murah dan jimat.

Pelanggan-pelanggan begini akan rasa teruja dan rasa istimewa. Kaedah ni seolah anda layan mereka seperti VVIP. Anda WAJIB buat kalau anda ada customr yang selalu beli dari anda berbulan atau mungkin bertahun lamanya. Beri layanan istimewa pada mereka kerana selama ini support bisnes anda.

 

5. TESTIMONI

Sentiasa share testimoni terbaru dengan pelanggan sedia ada. Sharing ini bertujuan nak bagitahu pelanggan bukan dia seorang je yang ada masalah begitu, orang lain pun ada malah mungkin lagi teruk kisahnya. Testimoni pada pelanggan sedia macam nak bantu bina keyakinan dia untuk dia selalu guna produk, jangan malas atau jangan tangguh untuk guna produk atau servis secara berkala.

Testimoni boleh jadi inpirasi pada orang, boleh jadi beri keyakinan, beri pengaruh, beri galakan dan paling power, pengaruh pelanggan untuk dapatkan produk premium. Jadi, cepat dan teruskan kumpul testimoni. Ada orang gembira, cerita atau kisah diri dia boleh buat orang berubah atau inpiring others.

 

6. HADIAH SEMPENA

Berikan hadiah pada pelanggan anda sempena apa-apa peristiwa. Contoh peristiwa yang dimaksudkan, sempena ulangtahun bisnes, hari lahir owner bisnes, hari lahir pelanggan (database kena lengkap), sempena hari peristiwa (Hari Malaysia atau Merdeka), sempena awal tahun, atau Year end Sale.

Berikan diskaun, promo, percuma apa sahaja barang yang boleh beri manfaat pada pelanggan sedia ada. Orang suka bila ada hadiah sempena ni. Macam anda dulu beri hadiah pada bakal untuk lebih sayang pada anda.

 

Sekarang anda dah tahu macam mana nak layan atau nak follow pelanggan yang sedia ada. Jangan biarkan mereka berlalu begitu sahaja. Inilah peluang untuk anda buatkan pelanggan sedia ada beli dari anda berulang kali..

 

Nak lagi tips yang boleh tingkatkan sales? Boleh dapatkan Buku Terbaru iaitu Roket Bisnes melalui www.roketbisnes.com/brb

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !