fbpx
blog najib asaddok

5 Cara Nak Hasilkan Content Yang Power & Viral

 

Ramai usahawan yang onlinekan bisnes tak tahan lama, kejap dapat buat sales tapi lepas tu lemau, orang mula tak beli lagi dengan dia dan bisnes dia makin lama makin tenggelam tunggu nak meninggal je.

Yap, ni realiti yang berlaku. Berapa ramai Page yang buka tapi lama kelamaan last update dah berbulan lamanya. Page bersawang takde engagement, sunyi dan sales ‘krik-krik’.

Dah ramai saya perhati macam tu. Bila kita buat diagnosis (cehh dah macam doktor plak), satu je kesimpulan yang boleh dibuat, PAGE DIA DAH MATI SEBAB TAKDE CONTENT!!

Sadiskan bunyinya. Sebab korang pun sedang menuju kearah tu. Jujur dengan saya, berapa kerap anda semua share dalam Page korang?

Jadi, untuk nak kurangkan kadar ‘kematian’ bisnes terutamanya yang dah follow Page Najib Asaddok, ni ada beberapa tips mudah dan simple untuk anda nak hasilkan konten POWER & VIRAL. Pastikan korang scroll setiap gambar dalam ni ya.

Supaya bisnes korang tahan lama, keluarga korang boleh rasa reeki hasil dari bisnes, supaya orang yang tersayang sentiasa bahagia. Sebab korang selalu share konten..

Jadi, korang tahu macamana nak hasilkan konten yang POWER dan boleh VIRAL? Ok, scroll habis gambar-gambar bawah ni, ada 5 tau. Nampak simple tapi sebenarnya sangat berkesan..

 

 

1. Artikel

Nak tulis artikel mudah je, susah tu hanya berlaku bila anda tak pernah menulis langsung. Sudah tentu anda semua pernah menulis sekurang-kurang tulis karangan masa SPM kan..

Kan biasanya cikgu suruh tulis karangan berdasarkan beberapa persoalan yang biasanya setiap hari kita gunakan dalam kehidupan. Ingat lagi? Eh, korang takkan tak ingat lagi?

Ok, biasanya apa persoalan yang selalu kita gunakan? Asas je ni, iaitu

  1. Kenapa? Why?
  2. Bila? When?
  3. Siapa? Who?
  4. Bagaimana? How?
  5. Kat mana? Where?

Nampak ke nampak ni? Benda ni kan kita selalu guna dalam kehidupan. Ni semua persoalan yang sangat biasa, sangat asas dalam kita bermonolog, komunikasi dengan orang lain dan juga dalam bentuk laporan bila kita bercerita kepada orang lain.

Inilah asas nak menulis. Kalau anda ada topik, anda boleh tulis berdasar 5 soalan asas ni. Jadi, sekarang ni dah nampak?

 

 

 

2. Video

Korang memang sengaja cari pasal kalau korang tak gunakan video sebagai bahan content marketing. Video ni sangat powerful, sangat memberi kesan yang mendalam pada penonton sebab dia akan menusuk masuk kepada 3 point utama manusia iaitu kinestetik, auditori dan visual.

Lagipun kalau anda iklankan video dalam media sosial terutamanya dalam Facebook, anda akan perasan iklan tu sangat murah, reach lebih banyak orang, dan kemungkinan untuk jadi viral sangat tinggi.

Macam-macam video anda boleh buat dan pelbagai teknik yang anda boleh guna untuk hasilkan video. Samada anda rakam sendiri, atau upah orang luar buatkan video, anda boleh pilih.

Yang penting VIDEO WAJIB ADA. Kalau takde, usahakan sampai ada..

 

 

3. Quotes

Kalau bisnes anda jenis training, anda ejen atau stokis product, anda ada pusat tuisyen, ada klinik, anda memiliki bisnes consultant ataupun ejen takaful dan sebagainya, apa yang anda boleh buat ialah buat satu poster yang ada gambar muka korang, lepas tu ada tulisan kata-kata positif, motivasi, galakan dan apa-apa sahaja yang baik-baik.

Posting poster bergambar dengan kata-kata ataupun poster quotes ni sangat penting nak bina kredibiliti. Bila kita buat macam ni, secara tak langsung anda bina engagement dengan followers untuk bersetuju dengan kata-kata baik dari anda. Takkan followers anda tak nak setuju plak kan..\

Tapi ingat, posting quotes yang baik-baik pun sebenarnya anda bantu sebarkan kebaikan sebab kita kena jelas peranan kita adalah jadi usahawan yang beri manfaat pada seramai manusia yang boleh..

 

 

 

4. Story

Content yang paling menarik adalah berbentuk pengkisahan, penceritaan atau bahasa paling mudah, story. Yap, tak kiralah samada dalam bentuk video, audio ataupun tulisan, story paling tinggi orang suka.

Perasan ke perasan, sekarang ni dalam media sosial, paling ramai orang suka share adalah story tak kisah dalam bentuk video ataupun artikel tulisan. Nak tahu kenapa? Sebab manusia perlukan ‘makanan’ minda, antara ‘makanan’ minda adalah story.

Bila dah suka story tu, satu lagi sifat manusia dia tak boleh duduk diam, mesti dia nak share, dia nak kepohkan pada orang lain. Sebab tu antara indikator nak ukur content yang bagus atau kurang bagus adalah berapa ramai share content yang anda hasilkan.

 

 

 

5. Testimoni

Bisnes anda bakal meninggal kalau anda tak kumpul testimoni dari pelanggan. Testimoni boleh pelbagai bentuk dari segi tulisan atau gambar. Tapi kalau korang nak testimoni yang sangat impactful, lebih baik rakam video testimoni pelanggan anda.

Kenapa testimoni penting? Selain nak beri gambaran produk atau servis anda selesaikan masalah orang, tapi peranan paling besar testimoni adalah beri keyakinan pada orang lain bahawa produk adalah real, dan juga boleh naikkan kredibiliti brand bisnes anda.

Bila penonton dapat dengar, lihat dan rasa boleh rasa kesusahan dia, orang boleh feel bahawa masalah dia ni sama dengan aku, orang boleh feel yang dia ada harapan dapat perubahan yang lebih baik dan orang masih ada harapan untuk keluar dari masalah.

Lagi banyak anda dapat testimoni, lagi banyak orang yang anda boleh bantu Sebab tu kalau tak dapat kumpul 100 testimoni, anda kena kumpul 300 testimoni. Tak dapat kumpul 300 testimoni, kumpul 500.. Buat jer, jangan bagi banyak sangat alasan.

 

 

Jadi, 5 jenis konten ni pun kalau anda boleh buat, anda boleh tengok perubahan pada page. Tak percaya? Memang tak suruh percaya, buat jer..

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !