fbpx
blog najib asaddok

2 Mentor, 2 Karakter Berbeza Tentang REZEKI…

mentorperniagaan

Teringat zaman 2006-2009 masa tu buat bisnes MLM.

Saya pernah menceburi 2 company berbeza waktu itu..Jadi saya mempunyai 2 orang leader/mentor yang sering menjadi rujukan & contoh untuk saya ikut kejayaan mereka. Mereka mempunyai 2 karakter yang berbeza.

Mentor A

Beliau seorang yang tak berkira…Mana-mana beliau pergi pasti beliau yang akan belanja orang lain jika makan bersama. Payah nak jumpa beliau dibelanja orang sebab saya nampak beliau percaya dengan banyak memberi semakin murah rezeki.

Jalinan bisnes dengan beliau pun bukan sekadar kerana bisnes tapi kerana persahabatan dan silaturrahim. Sampai sekarang saya anggap beliau macam abang kandung sendiri & kami masih saling berhubung.

Saya lihat rezeki beliau semakin bertambah & satu demi satu kejayaan beliau kecapi dalam syarikat yang beliau sertai sejak tahun 2003.

Alhamdulillah sedikit sebanyak kejayaan beliau tu ‘menjangkiti’ saya walaupun berlainan jenis bisnes. Antara yang berjangkit apabila beliau berjaya memiliki kerete Mercedes beliau pada tahun 2012. Saya turut dijangkiti apabila saya sendiri dapat memiliki impian Mercedes saya pada Nov 2012.

Pengajaran saya dapat dari beliau, rezeki tu kita serah pada Allah..dengan membelanja/menyumbang rezeki tu takkan habis, malah tak putus-putus rezeki yang masuk.

Terima kasih saya ucapkan pada jasa, pengajaran yang Abang A berikan pada saya…

Tapi mentor B pulak, berlawanan sangat sifatnya….

Mentor B

Mentor B ni memang sangat payah untuk belanja orang walau hanya secawan teh tarik dan beliau ada nasihat ”Jangan biasa belanja downline, nanti downline akan terbiasa nak dibelanja jer…”

tehtarikrezeki

Saya kurang percaya dengan nasihat beliau…Perhubungan dengan downline pun memang sekadar bisnes semata-mata.Tak pernah pun telefon untuk tanya khabar atau minum sembang-sembang biasa.

Saya lihat hari ni beliau melompat dari satu syarikat ke syarikat yang lain tanpa kejayaan yang membanggakan..

KESIMPULAN

Tolong jangan berkira…berkira dengan rezeki yang Allah turunkan..Buang perasaan yang macam ni

– Jangan belanja orang, nanti orang tu biasa nak dibelanja
– Jangan bagi sumbangan kat dia, nanti dia asyik meminta

Kan rezeki tu dari Allah..entah yang minta tu manusia atau malaikat yang Allah turunkan untuk uji diri kita ni. InsyaAllah dengan banyak memberi banyak lagi yang Allah akan gantikan REZEKI tu..

Ringan-ringankan tangan belanja orang lain hatta secawan teh tarik pun…

Teh tarik satu!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !